Impak pandemik Covid-19 dan cabaran dalam kelangsungan tamadun di Malaysia: kajian melalui laporan media massa / Mariam Farhana Md Nasir … [et al.]

Md Nasir, Mariam Farhana and Nik Dahalan, Nang Naemah and Jalani, Hamidah and Zurrafar, Izzah Nur Aida and Abdul Kadir, Nor Adina and Mohd Adnan, Sarah Dina (2021) Impak pandemik Covid-19 dan cabaran dalam kelangsungan tamadun di Malaysia: kajian melalui laporan media massa / Mariam Farhana Md Nasir … [et al.]. In: 4th International Islamic Heritage Conference 2021 (ISHEC ’21). Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Alor Gajah, Melaka, p. 70. ISBN 978-967-2846-07-9

Abstract

Penghujung 2019 menyaksikan media massa tempatan dan antarabangsa gempar dengan penemuan sejenis virus yang dikenali sebagai COVID-19. Penyakit berjangkit yang bermula di wilayah Wuhan, China itu dikategorikan sebagai pandemik dan telah menjangkiti jutaan manusia di seluruh dunia. Penularan wabak ini telah menganggu kelangsungan pembinaan tamadun manusia, khususnya di Malaysia, dimana ramai penduduk Malaysia yang terkesan dengan masalah seperti hilang pekerjaan, mengalami tekanan ekonomi yang tidak stabil, selain terhimpit dengan masalah kesihatan yang serius. Keadaan ini telah memberi impak dan cabaran kepada ramai pihak dalam memastikan kelangsungan hidup masyarakat Malaysia terus terjamin. Dalam usaha kerajaan Malaysia membendung penularan ini, maka Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dengan beberapa fasa. Walaupun penulisan dan kajian berkenaan dengan pandemik COVID-19 ini telah banyak dilakukan, namun, batasan kajian ini hanya tertumpu kepada impak dan cabaran dalam pembangunan tamadun hidup manusia dari aspek sosial, ekonomi, pendidikan dan kesihatan di Malaysia. Kaedah kajian ini menggunakan kaedah kualitatif pembacaan secara rapi (close reading) melalui laporan media massa sepenuhnya, manakala skop kajian tertumpu kepada situasi pandemik COVID-19 dan masyarakat di Malaysia pada tahun 2019 sehingga 2021. Hasil kajian mendapati kehidupan sosial masyarakat telah berubah, ekonomi Malaysia jatuh sehingga berlakunya kadar pengangguran yang tinggi, taraf kesihatan orang awam semakin membimbangkan dengan kadar kematian harian yang tinggi, selain pembelajaran dan pengajaran yang dilakukan secara atas talian (online) benar-benar memberi impak dan cabaran bagi seluruh masyarakat.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Md Nasir, Mariam Farhana
UNSPECIFIED
Nik Dahalan, Nang Naemah
UNSPECIFIED
Jalani, Hamidah
UNSPECIFIED
Zurrafar, Izzah Nur Aida
UNSPECIFIED
Abdul Kadir, Nor Adina
UNSPECIFIED
Mohd Adnan, Sarah Dina
UNSPECIFIED
Subjects: C Auxiliary Sciences of History > CB History of civilization > Civilization
R Medicine > RA Public aspects of medicine > Public health. Hygiene. Preventive Medicine > Health Communication
R Medicine > RA Public aspects of medicine > Public health. Hygiene. Preventive Medicine > Health Communication > Malaysia
R Medicine > RA Public aspects of medicine > Public health. Hygiene. Preventive Medicine > Epidemics
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Volume: 4
Page Range: p. 70
Keywords: Impak; Cabaran; COVID-19; Tamadun
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54304
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of Abstract Only] Text (Abstract Only)
54304.pdf

Download (820kB)

ID Number

54304

Indexing

Statistic

Statistic details