Ketokohan Ibu Zain dalam memperkasa pendidikan di kalangan wanita Melayu: suatu tinjauan ringkas / Nang Naemah Nik Dahalan … [et al.]

Nik Dahalan, Nang Naemah and Zul Raffar, Izzah Nur Aida and Jalani, Hamidah and Md Nasir, Mariam Farhana and Abdul Kadir, Nor Adina and Mohd Adnan, Sarah Dina (2021) Ketokohan Ibu Zain dalam memperkasa pendidikan di kalangan wanita Melayu: suatu tinjauan ringkas / Nang Naemah Nik Dahalan … [et al.]. In: 4th International Islamic Heritage Conference 2021 (ISHEC ’21). Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Alor Gajah, Melaka, p. 57. ISBN 978-967-2846-07-9

Abstract

Isu Pendidikan dalam kalangan wanita Melayu telah banyak dibincangkan sebelum merdeka lagi. Majalah al-Imam khususnya turut memperjuangkan hak pendidikan untuk wanita Melayu sepertimana yang diperolehi oleh kaum lelaki. Maka, muncullah Tan Sri Hajah Zainon binti Munshi Sulaiman atau dikenali dengan gelaran Ibu Zain. Beliau merupakan salah seorang tokoh pendidikan wanita Melayu (1930-1938). Beliau berjaya membuka beberapa sekolah untuk anak-anak perempuan dan merupakan antara pelopor awal dalam penerimaan pelajaran untuk anak-anak perempuan Melayu. Hal ini kerana perkembangan pendidikan anak-anak perempuan dalam masyarakat Melayu tradisi adalah lebih perlahan berbanding dengan anak-anak lelaki. Pendidikan yang diterima oleh anak-anak perempuan Melayu telah memberi peluang kepada mereka keluar dari kepompong tradisi masyarakat Melayu mulanya tidak begitu menggalakkan penerimaan pelajaran kepada anak-anak perempuan. Sikap tertutup terhadap ilmu pengetahuan ketika itu menyebabkan peluang untuk anak perempuan belajar adalah terbatas. Jika ada ada madrasah atau sekolah yang didirikan untuk mereka, bilangannya tidak begitu banyak. Selain itu, bilangan tenaga pengajar dalam kalangan wanita juga tidak mencukupi. Setelah sekian lama, ibu bapa Melayu akhirnya sedar akan keperluan pelajaran bukan hanya untuk anak-anak lelaki, bahkan juga untuk anak-anak perempuan. Batasan skop yang telah dipilih oleh penulis memberi fokus kepada wanita Melayu tradisional. Melalui kajian ini, penulis menggunakan metod analisa data dengan mengumpul dan menjalankan kajian perpustakaan bagi mendapatkan maklumat yang tepat mengenai kedudukan wanita Melayu tradisi. Hasil kajian mendapati, kepentingan pendidikan untuk anak-anak perempuan pada mulanya tidak berapa diberi perhatian berbanding dengan anakanak lelaki.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Nik Dahalan, Nang Naemah
UNSPECIFIED
Zul Raffar, Izzah Nur Aida
UNSPECIFIED
Jalani, Hamidah
UNSPECIFIED
Md Nasir, Mariam Farhana
UNSPECIFIED
Abdul Kadir, Nor Adina
UNSPECIFIED
Mohd Adnan, Sarah Dina
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > Races. Including race as a social group and race relations in general
L Education > LC Special aspects of education > Women-Education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Volume: 4
Page Range: p. 57
Keywords: Ibu Zain; Wanita Melayu; Pendidikan
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54256
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of Abstract Only] Text (Abstract Only)
54256.pdf

Download (820kB)

ID Number

54256

Indexing

Statistic

Statistic details