Tulisan Jawi pelopor keilmuan di alam Melayu: satu kajian awal / Siti Nurul Izza Hashim dan Roziah Sidik@Mat Sidek

Hashim, Siti Nurul Izza and Sidik@Mat Sidek, Roziah (2021) Tulisan Jawi pelopor keilmuan di alam Melayu: satu kajian awal / Siti Nurul Izza Hashim dan Roziah Sidik@Mat Sidek. In: 4th International Islamic Heritage Conference 2021 (ISHEC ’21). Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Alor Gajah, Melaka, p. 55. ISBN 978-967-2846-07-9

Abstract

Keilmuan di Alam Melayu mula berkembang pesat setelah kedatangan Islam dan melalui beberapa proses perkembangan sejarah. Sejarah tamadun Melayu telah membuktikan bahawa tulisan jawi berjaya membangunkan keilmuan Melayu sehingga meniti arus kecemerlangan melalui didikan para ulama. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perkembangan tulisan jawi sebagai indikator dalam pencapaian tamadun Melayu. Keseluruhan kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi analisis terhadap sumber primer dan sekunder. Kajian sejarah dan kajian dokumen turut dilakukan bagi memastikan kesahihan setiap maklumat yang dikemukakan dan menilai fakta yang ada. Hasil kajian mendapati bahawa tulisan Jawi telah memperkukuhkan budaya ilmu di Alam Melayu dan menjadi bukti kearifan tempatan dalam pelbagai bidang. Selain itu, tulisan Jawi turut menjadi asas kepada pembentukan jati diri dan wadah intelektual versi Alam Melayu. Implikasi kajian ini ialah tulisan Jawi merupakan satu sumbangan masyarakat Melayu tradisi yang berupaya menghasilkan pemikiran yang dapat digunakan sehingga kini dalam pelbagai keilmuan secara relatifnya komprehensif dan tidak terhad pada hubungan keagamaan sahaja.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hashim, Siti Nurul Izza
UNSPECIFIED
Sidik@Mat Sidek, Roziah
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > Races. Including race as a social group and race relations in general
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Books (General). Writing. Paleography
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Volume: 4
Page Range: p. 55
Keywords: Tulisan Jawi; Keilmuan; Alam Melayu; Indikator; Kearifan tempatan
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54253
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of Abstract Only] Text (Abstract Only)
54253.pdf

Download (818kB)

ID Number

54253

Indexing

Statistic

Statistic details