Pandangan peserta tentang pencapaian selepas menyertai program realiti TV agama di Malaysia / Muhamad Faisal Ashaari dan Nabil Ahmad

Ashaari, Muhamad Faisal and Ahmad, Nabil (2021) Pandangan peserta tentang pencapaian selepas menyertai program realiti TV agama di Malaysia / Muhamad Faisal Ashaari dan Nabil Ahmad. In: 4th International Islamic Heritage Conference 2021 (ISHEC ’21). Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Alor Gajah, Melaka, p. 44. ISBN 978-967-2846-07-9
Abstract

Program realiti TV agama merupakan sebuah genre program realiti berunsurkan dakwah di samping hiburan yang disesuaikan dengan syariat Islam. Di Malaysia, pelbagai program realiti TV agama diterbitkan untuk melatih dan melahirkan pendakwah kontemporari yang mampu membimbing masyarakat tentang Islam. Namun, kejayaan program ini tidak sekadar dari sudut menganjurkan program tetapi ia membawa suatu harapan dan tanggungjawab yang besar sebagai seorang yang mempunyai pengetahuan dalam agama. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pandangan peserta program realiti TV agama tentang pencapaian dan hala tuju kehidupan mereka dalam membawa watak seorang yang mempunyai kemahiran menyampaikan mesej agama di khalayak. Kaedah kajian kualitatif dipilih menerusi Instrumen temu bual separa berstruktur. Temu bual dilakukan dengan sepuluh orang informan yang terdiri daripada peserta yang menyertai dan terlibat dengan pelbagai program realiti TV agama. Hasil kajian mendapati peserta secara umumnya merasakan perbezaan yang signifikan sebelum dan selepas menyertai program realiti TV agama. Mereka kini lebih dikenali dan popular selepas penyertaan mereka dalam program tersebut. Mereka juga mempunyai perancangan jangka masa panjang sebagai pendakwah yang berjaya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of Abstract Only]
Text (Abstract Only)
54243.pdf
Download (819kB)
Indexing & Metrics