Keberkesanan agihan zakat terhadap asnaf fisabilillah di Negeri Kelantan / Wan Siti Zahratul Wahdah Wan Azlan dan Noor Hasyimah Sulaiman

Wan Azlan, Siti Zahratul Wahdah and Sulaiman, Noor Hasyimah (2021) Keberkesanan agihan zakat terhadap asnaf fisabilillah di Negeri Kelantan / Wan Siti Zahratul Wahdah Wan Azlan dan Noor Hasyimah Sulaiman. In: 4th International Islamic Heritage Conference 2021 (ISHEC ’21). Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Alor Gajah, Melaka, p. 40. ISBN 978-967-2846-07-9

Abstract

Masalah keciciran pendidikan di kalangan orang Islam perlu diperhalusi dengan teliti dan diselesaikan dengan segera agar semua individu Muslim mendapat peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Pengagihan zakat kepada asnaf fisabilillah dalam bidang pendidikan dapat memberikan peluang kepada asnaf untuk melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi walaupun pada asalnya mereka tidak mempunyai kemampuan dari sudut kewangan. Kajian ini dijalankan dengan objektif untuk mengenalpasti keberkesanan agihan zakat terhadap asnaf fisabilillah yang menerima agihan zakat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Namun demikian, kajian ini hanya memfokuskan kepada individu yang menerima agihan zakat untuk membantu menampung perbelanjaan pengajian golongan asnaf di institusi pengajian tinggi yang terpilih. Bagi memperolehi data kajian, pendekatan kuantitatif digunakan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada penerima zakat daripada kalangan asnaf fisabilillah dalam bidang pendidikan. Seterusnya, data yang diperolehi, dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 26. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa agihan zakat amat berkesan dalam menyelesaikan masalah ketidakmampuan melanjutkan pengajian dan juga banyak memberikan motivasi kepada asnaf untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka. Situasi ini berlaku kerana penerima agihan zakat dapat memberikan sepenuh perhatian kepada pembelajaran kerana tidak lagi dibelenggu dengan masalah kewangan. Kesimpulan, agihan zakat kepada asnaf fisabilillah dalam bidang pendidikan ini sebenarnya dapat memberikan masa hadapan yang lebih cerah kepada asnaf dan dapat membantu mereka untuk berdikari setelah menamatkan pengajian kelak. Namun, penilaian yang teliti perlu dibuat supaya hanya mereka yang benar-benar layak sahaja menerima agihan zakat ini bagi memastikan keberkesanan agihan zakat dapat digarapkan.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of Abstract Only] Text (Abstract Only)
54236.pdf

Download (821kB)

ID Number

54236

Indexing

Statistic

Statistic details