Dialog antara agama sebagai satu pendekatan dakwah masyarakat majmuk / Aemy Elyani Mat Zain and Jaffary Awang

Mat Zain, Aemy Elyani and Awang, Jaffary (2021) Dialog antara agama sebagai satu pendekatan dakwah masyarakat majmuk / Aemy Elyani Mat Zain and Jaffary Awang. In: E-Proceeding for Asian Conference on Business, Economics and Social Science (ACBESS) 2021. Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Alor Gajah, Melaka, p. 32. ISBN 978-967-2846-07-9
Abstract

Realiti untuk berdakwah dalam arus globalisasi ini mendesak kepada kepelbagaian dan dinamika pendekatannya khususnya dalam menyantuni masyarakat majmuk. Salah satunya adalah dialog antara agama. Oleh itu artikel ini membincangkan apakah itu dialog antara agama secara umum, dan seterusnya membincangkan dua bentuk dialog antara agama sahaja daripada beberapa bentuk dialog antara agama yang diutarakan melalui kajian-kajian terdahulu. Dan seterusnya dianalisis kedua dialog ini yang boleh diaplikasikan sebagai medium dan pendekatan dalam berdakwah. Metod kajian adalah kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa metode dialog merupakan salah satu pendekatan yang harus diperluaskan dan dijadikan satu medium baru dalam mendekati sasaran mad’u dari pelbagai latarbelakang agama dan etnik.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of Abstract Only]
Text (Abstract Only)
54231.pdf
Download (882kB)
Indexing & Metrics