Dilema pendidikan kanak-kanak Rohingya di Malaysia: satu tinjauan awal / Aida Zahirah Samsudin dan Napisah Karimah Ismail

Samsudin, Aida Zahirah and Ismail, Napisah Karimah (2021) Dilema pendidikan kanak-kanak Rohingya di Malaysia: satu tinjauan awal / Aida Zahirah Samsudin dan Napisah Karimah Ismail. In: 4th International Islamic Heritage Conference 2021 (ISHEC ’21). Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Alor Gajah, Melaka, p. 24. ISBN 978-967-2846-07-9

Abstract

Malaysia merupakan negara pilihan bagi kebanyakan pelarian dan pencari suaka Rohingya di rantau ini untuk mendapatkan perlindungan antarabangsa. Namun begitu, naratif kehidupan pelarian Rohingya yang berada di seluruh Malaysia tidak jauh bezanya kerana mereka perlu berhadapan dengan cabaran hidup sebagai pelarian. Ini termasuklah kesukaran dalam mendapatkan akses pendidikan dan mata pencarian kerana sebahagian besar mereka tidak berpendidikan. Kedatangan golongan pelarian ini turut memberi impak negatif dengan peningkatan kadar jenayah di Malaysia. Ini kerana anak-anak pelarian yang tidak berpeluang mendapat pendidikan formal mudah dieksploitasi oleh pihak tertentu untuk terlibat dalam jenayah di samping terlibat dalam masalah sosial yang lain sehingga mendatangkan kebimbangan kepada pelbagai pihak. Oleh yang demikian, pendidikan kanak-kanak pelarian Rohingya dilihat sangat penting demi masa depan mereka yang lebih baik sama ada Ketika dihantar pulang ke negara asal atau ditempatkan di negara ketiga. Kajian ini bertujuan meninjau realiti kehidupan pelarian Rohingya di Malaysia, khususnya dalam aspek pendidikan serta cabaran yang dihadapi oleh Pusat Bimbingan Alternatif (PBA) iaitu pihak yang menyediakan pendidikan bagi kanak-kanak Rohingya di Malaysia. Kajian kualitatif dengan menggunakan pendekatan kajian perpustakaan berdasarkan kajian lepas dari sumber primer dan sekunder. Kajian literatur ini mendapati bahawa situasi semasa pendidikan kanakkanak Rohingya di Malaysia perlu dikaji semula dan cabaran yang dihadapi oleh PBA juga perlu diperhalusi khususnya dalam aspek infrastruktur, silibus, tenaga guru sukarelawan serta dana kewangan. Hal ini penting bagi mendedahkan realiti sebenar bagi membolehkan pihakpihak yang terlibat khususnya badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan dari komuniti Rohingya bagi membantu usaha memperkasakan pendidikan masyarakat Rohingya di Malaysia serta menjadi panduan dalam memperbaiki kualiti sistem yang sedia ada.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Samsudin, Aida Zahirah
UNSPECIFIED
Ismail, Napisah Karimah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Preschool education. Nursery schools
L Education > LC Special aspects of education > Education of special classes of persons
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Volume: 4
Page Range: p. 24
Keywords: Pelarian; Rohingya di Malaysia; Pendidikan kanak-kanak; Pusat Bimbingan Alternatif
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54222
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of Abstract Only] Text (Abstract Only)
54222.pdf

Download (820kB)

ID Number

54222

Indexing

Statistic

Statistic details