Pengurusan Zakat di IPTA : pengalaman dan cabaran di UiTM / Nazrudin Hashim and Mohd Zainoddin Mustaffa

Hashim, Nazrudin and Mustaffa, Mohd Zainoddin (2012) Pengurusan Zakat di IPTA : pengalaman dan cabaran di UiTM / Nazrudin Hashim and Mohd Zainoddin Mustaffa. In: 8th Academic Conference, ACCON 2012 UiTM Cawangan Johor, 2 - 4 November 2012, Bukit Gambang Resort City, Pahang.

Abstract

Ibadah zakat merupakan rukun Islam ketiga yang difardhukan kepada umat Islam. Bagi merealisasikan tanggungjawab tersebut Perjanjian Pelantikan ITM (sekarang UiTM) sebagai Penolong Amil dengan Pusat Zakat Selangor (sekarang Lembaga Zakat Selangor) telah dimetrai pada tahun 1998. Sekaligus meletakkan UiTM sebagai perintis pelaksanaan pengurusan zakat di kalangan institusi pengajian tinggi awam di Malaysia. Kertas kerja ini membincangkan latar belakang dan kaedah pelaksanaan pengurusan zakat di UiTM meliputi struktur organisasi serta modus operasi kutipan dan agihan zakat. Keberkesanan pengurusan zakat di UiTM dibuktikan melalui peningkatan jumlah kutipan sebanyak 16% bagi tahun 2011 iaitu RM4,982,075.03 berbanding RM4,265,029.17 bagi tahun 2010. Bilangan pembayar juga mencatat peningkatan sebanyak 12% iaitu dari 3493 orang kepada 3929 orang. Kutipan zakat dilakukan secara potongan gaji dan bayaran di kaunter. Dana kutipan zakat diagihkan kepada empat asnaf iaitu fakir, miskin, fi sabilillah dan mualaf. Pada tahun 2011 sebanyak RM2,147,322.90 telah diagihkan kepada 4071 penerima berbanding RM1,650,496.26 telah diagihkan kepada 2812 penerima pada tahun 2010. Selain itu, aspek cabaran sama ada dalaman dan luaran dalam menguruskan zakat turut dibincangkan dengan tujuan memantapkan organisasi zakat di UiTM. Kejayaan pengurusan zakat di UiTM dalam menyebarkan kefahaman Islam dan membangunkan sosio ekonomi umat Islam telah dicontohi oleh beberapa IPTA lain seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hashim, Nazrudin
UNSPECIFIED
Mustaffa, Mohd Zainoddin
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Editor
Jangga, Rohani
UNSPECIFIED
Editor
Jalaluddin, Ainol Hasanal
UNSPECIFIED
Editor
Soo, Carolyn Kum Yoke
UNSPECIFIED
Editor
Sain, Noridah
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat)
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Johor
Event Title: 8th Academic Conference, ACCON 2012 UiTM Cawangan Johor
Event Dates: 2 - 4 November 2012
Keywords: Zakat, IPTA, UiTM Cawangan Johor
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/54197
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 54197.pdf] Text
54197.pdf

Download (705kB)

ID Number

54197

Indexing

Statistic

Statistic details