Pembangunan dasar kerajaan dalam kemajuan industri percetakan Melayu / Mohd Khairul Azahari Abdul Rani

Abdul Rani, Mohd Khairul Azahari (2016) Pembangunan dasar kerajaan dalam kemajuan industri percetakan Melayu / Mohd Khairul Azahari Abdul Rani. International Journal of INTI, 21 (1): 2. pp. 14-22. ISSN 0126-5822

Abstract

‘Dasar’ menurut Kamus Dewan membawa maksud rancangan atau tindakan yang telah dipersetujui secara rasmi sebagai asas untuk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan. Ketetapan yang telah dibuat oleh kerajaan dalam membangunkan sesuatu asas atau prinsip serta pendirian kerajaan dipanggil Dasar Awam. Apabila menggubal sesuatu dasar, kerajaan sebenarnya menyatakan tujuan dan matlamatnya mengenai sesuatu perkara. Dengan adanya sesuatu dasar maka perancangan untuk mencapai matlamatnya dapat diadakan (INTAN, 1982). Industri percetakan yang melibatkan kaum Melayu di negara ini pernah melalui zaman kegemilangan hasil dari ketetapan atau polisi yang diluluskan oleh pihak kerajaan. Penglibatan kaum Melayu dalam industri percetakan menampakkan kejayaan mereka hasil dari bantuan pihak kerajaan dalam menaikkan taraf ekonomi kaum Melayu bukan sahaja dalam industri percetakan bahkan dalam pelbagai bidang perniagaan lain. Pada awal tahun 1970-an kaum Melayu telah berjinak dalam sektor perniagaan berasaskan percetakan. Pada ketika itu tidak begitu ramai penglibatan kaum lain dalam industri ini. Lantaran kekurangan penglibatan kaum lain dalam industri ini, kaum Melayu melihat peluang yang besar boleh diperolehi dari bidang ini. Melihat kepada kesungguhan dan penyertaan yang begitu baik dalam industri ini, kerajaan menetapkan keseluruhan urusan perolehan percetakan kerajaan diserahkan kepada pencetakpencetak Melayu untuk dicetak sebagai tanda sokongan kerajaan kepada kaum ini untuk terus maju.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Rani, Mohd Khairul Azahari
UNSPECIFIED
Subjects: K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence
T Technology > TS Manufactures > Paper manufacture and trade
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z Book (General). Writing. Paleography. Book industries and trade. Libraries. Bibliography > Book industries and trade
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Art and Design
Journal or Publication Title: International Journal of INTI
UiTM Journal Collections: Others > Jurnal INTI
ISSN: 0126-5822
Volume: 21
Number: 1
Page Range: pp. 14-22
Keywords: Percetakan, perolehan percetakan, Melayu, dasar
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/53861
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 53861.pdf] Text
53861.pdf

Download (148kB)

ID Number

53861

Indexing

Statistic

Statistic details