Kajian mengenai faktor-faktor dan permasalahan kes-kes tertangguh di Mahkamah Syariah negeri- negeri pantai timur (Pahang, Kelantan Dan Terengganu) / Norhafiza Abu Seman, Ahmad Faiz Yaakob & Hasan Baharom

Abu Seman, Norhafiza and Yaakob, Ahmad Faiz and Baharom, Hasan (2007) Kajian mengenai faktor-faktor dan permasalahan kes-kes tertangguh di Mahkamah Syariah negeri- negeri pantai timur (Pahang, Kelantan Dan Terengganu) / Norhafiza Abu Seman, Ahmad Faiz Yaakob & Hasan Baharom. [Research Reports] (Submitted)

Abstract

Kajian mengenai isu-isu kes tertangguh di mahkamah syariah di Malaysia telah banyak dijalankan (UKM, 2003; UIAM 2003). Namun, rungutan orang ramai mengenai perkara ini masih berterusan seakan tiada penyelesaian. Hal ini sememangnya patut dibimbangi kerana kredibiliti mahkamah syariah diukur daripada dimensi yang bias - kebanjiran kes tertangguh, walhal perkara yang sama turut berlaku di mahkamah sivil.
Kajian ini bertujuan untuk mencari faktor-faktor yang mendorong kepada peningkatan kes-kes tertangguh di mahkamah syariah khususnya di negeri pantai timur. Usaha ini sebenamya adalah untuk mengkaji sejauh mana permasalahan mengenai isu ini telah terjadi. Selain daripada itu juga, disebabkan tiada kajian khusus mengenai perkara ini di negeri pantai timur (kalau ada pun hanya tertumpu di Pahang), kajian ini cuba memenuhi vakum tersebut.
Dengan mengandaikan bahawa pengurusan mahkamah syariah dan prosedur perbicaraan di mahkamah syariah sebagai kayu ukur kepada masalah kes-kes tertangguh, penyelidik cuba untuk meninjau sejauh mana kebenaran hipotesis ini. Rasionalnya, kedua-dua kayu ukur ini diambil berdasarkan rungutan orang ramai terhadap mahkamah syariah secara umumnya.
Dengan mengkhususkan prosedur perbicaraan kepada bidang kuasa dan tatacara pengadilan, penyelidik mendapati bahawa tiada hubungan yang konkrit di antara prosedur mahkamah dengan peningkatan kes tertangguh. Ini kerana, prosedur yang

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 53225.pdf] Text
53225.pdf

Download (125kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

53225

Indexing

Statistic

Statistic details