Orang Kurang Upaya (OKU) dan hak untuk hidup: satu analisis perundangan di Malaysia / Ikmal Hisham Md. Tah

Md. Tah, Ikmal Hisham (2014) Orang Kurang Upaya (OKU) dan hak untuk hidup: satu analisis perundangan di Malaysia / Ikmal Hisham Md. Tah. In: “Harmonising Law and Social Norms” International Conference on Law, Policy and Social Justice (ICLAPS 2014), 10-11 September 2014. (Submitted)

Abstract

Sejak akhir-akhir ini, isu berkaitan orang kurang upaya (OKU) telah menjadi perhatian masyarakat. Kisah kanak-kanak OKU diabaikan telah menjadi viral dan perdebatan hangat di media massa dan siber. Disamping itu, persepsi negatif masyarakat juga telah menyumbang kepada diskriminasi terhadap OKU dari pelbagai aspek termasuk pendidikan, pekerjaan dan kualiti hidup. OKU mempunyai hak untuk hidup sebagaimana insan normal yang lain termasuk perlidungan ketika dalam situasi berisiko dan kecemasan. Salah satu elemen terpenting dalam melindungi kebajikan dan hak-hak OKU ialah melalui mekanisma perundangan. Kerajaan telah menandatangani dan meratifikasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Hak-Hak Orang Kurang Upaya sebagai salah satu usaha memperkasa dan melindungi kelompok minoriti ini. Oleh sebab itu, kerajaan telah mengambil inisiatif menggubal Akta Orang Kurang Upaya 2008 sebagai salah satu komitmen kerajaan dalam mematuhi konvensyen hak asasi antarabangsa selagi tidak bertentangan dengan undang-undang negara. Artikel ini akan menganalisis peruntukan undang-undang di Malaysia berkaitan OKU dan hak untuk hidup menerusi Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan undang-undang yang relevan. Ini menunjukkan sebagai negara ahli, Malaysia telah menerima pakai undang-undang dan triti antarabangsa berkaitan hak asasi manusia sekiranya tidak bertentangan dengan norma-norma dan nilanilaii tempatan.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Md. Tah, Ikmal Hisham
ikmal@pahang.uitm.edu.my
Subjects: K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Social legislation
K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Social legislation > Public welfare. Public assistance
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: “Harmonising Law and Social Norms” International Conference on Law, Policy and Social Justice (ICLAPS 2014)
Event Dates: 10-11 September 2014
Page Range: pp. 1-9
Keywords: Orang Kurang Upaya (OKU), hak untuk hidup, hak asasi antarabangsa, undang-undang, Malaysia
Date: 10 September 2014
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/52295
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 52295.pdf] Text
52295.pdf

Download (333kB)

ID Number

52295

Indexing

Statistic

Statistic details