Pengesanan pencemaran air menggunakan kaedah serakan multispektrum LED merah dan infra merah / A.N. Ahmad … [et al.]

Ahmad, A.N. and Lim, H. S. and Mat Jafri, M.Z. and Tajuddin, A.A and Abdullah, K. and Aziz, A.A and Hashim, S. A (2004) Pengesanan pencemaran air menggunakan kaedah serakan multispektrum LED merah dan infra merah / A.N. Ahmad … [et al.]. In: STSS 2004 : Sains Teknologi Jilid 1, 31 Mei – 1 Jun 2004, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.
Abstract

Satu prototaip pengesan kualiti air yang menggunakan algoritma pengukuran kepekatan bahan pepejal terampai (TSS) dibina dan dianalisis kejituannya. Tiga LED dengan jarak gelombang berlainan di dalam spektrum infra merah 950nm, 880nm dan merah 660nm disinarkan kepada sampel air. Sampel air yang digunakan untuk kalibrasi dituras dan dikeringkan bagi mendapatkan kandungan TSS sebenar. Kesinaran serakan belakang dari sample tersebut untuk setiap jarak gelombang dianalisis untuk mengkalibrasi algoritma tersebut. Kepekatan TSS dikorelasikan dengan kesinaran serakan belakang oleh ketiga-tiga jenis LED. Suatu algoritma yang menghubungkan kandungan TSS sebenar dengan kesinaran serakan belakang dibangunkan. Algoritma yang digunakan ini diterbitkan berdasarkan model optik kesinaran serakan belakang bagi air. Kejituan algoritma terkalibrasi ditentukan berdasarkan nilai pekali korelasi (R) dan nilai sisihan punca kuasa dua (RMS). Algoritma yang dibangunkan inimenghasilkan kejituan yang tinggi dengan nilai R = 0.98. Prototaip pengesan kualiti air ini dibina dengan menggunakan bahan-bahan yang murah seperti paip PVC dan komponen elektronik yang mudah. Pengesan kualiti air ini boleh digunakan untuk mengukur kepekatan TSS dalam masa nyata (real-time).

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 51195.PDF]
Text
51195.PDF
Download (1MB)
Indexing & Metrics