Kajian empirikal sumber inspirasi lanskap melayu dalam rupa bentuk kostum tradisional, motif dan ikatan kain / Zulkefle Hj Ayob dan Zainudin Md Nor

Ayob, Zulkefle and Md Nor, Zainudin (2012) Kajian empirikal sumber inspirasi lanskap melayu dalam rupa bentuk kostum tradisional, motif dan ikatan kain / Zulkefle Hj Ayob dan Zainudin Md Nor. In: The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago, 11-12 December 2012, Al Khawarizmi Lecture Hall, UiTM Perak.

Abstract

Seni dan rekacipta budaya benda tradisi masyarakat Melayu dahulu bergantung sepenuhnya kepada persekitaran alam yang banyak mempengaruhi pengalaman khayalan kepercayaan mereka. Alam adalah elemen utama seni lanskap Melayu dan ia merangkumi persekitaran udara, tanah serta air. Pengkaji terdahulu telah berupaya mengupas dan mentafsir banyak terma bersumberkan alam yang diguna pakai oleh tukang-tukang dalam pelbagai seni rupa. Oleh itu kajian ini akan membicarakan hubungan seni lanskap Melayu dalam rupa bentuk kostum, motif dan ikatan kain. Kajian ini di lakukan melalui kaedah eksplorasi komponen alam secara tampak (visual) dan signifikasinya dengan reka bentuk kostum, motif, ikatan kain, hiasan kepala, teknik jahitan, dan aksesori sebagai pelengkap pakaian Melayu. Data kajian dianalisa secara kualitatif dengan melihat, merakam, mentafsir, mengintepretasi dan akhirnya membuat kesimpulan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat banyak sumber alam lanskap yang dijadikan ilham oleh tukang jahit dan pereka dahulu melalui kemunculan beberapa terma dan nama seperti Destar Ayam Patah Kepak, Tengkolok Lang Menyongsong Angin, Tanjak Helang Menyambar, Jahitan Tulang Belut, Insang Pari, Omak Memulih, Ombak Mengalun, Lawi Ayam, Tampuk Manggis, Sanggul Ekor Kera dan sebagainya.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ayob, Zulkefle
zulke191@perak.uitm.edu.my
Md Nor, Zainudin
zainu570@perak.uitm.edu.my
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Costume. Dress. Fashion > Materials and articles of clothing. Details and accessories
G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Customs relative to public and social life
G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Costume. Dress. Fashion
G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Customs relative to special classes
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus
Event Title: The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago
Event Dates: 11-12 December 2012
Page Range: pp. 41-48
Keywords: Seni landskap melayu; Rekabentuk kostum dan motif; Seni ikatan kain.
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50927
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 50927.pdf] Text
50927.pdf

Download (5MB)

ID Number

50927

Indexing

|

Statistic

Statistic details