Akhbar utama negara pemacu budaya mengarang dan akal budi dalam berita / Sharil Nizam Sha’ri, Noor Aina Dani dan Jessica Ong

Sha’ri, Sharil Nizam and Dani, Noor Aina and Ong, Jessica (2012) Akhbar utama negara pemacu budaya mengarang dan akal budi dalam berita / Sharil Nizam Sha’ri, Noor Aina Dani dan Jessica Ong. In: The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago, 11-12 December 2012, Al Khawarizmi Lecture Hall, UiTM Perak.
Abstract

Kebijaksanaan mengarang yang sarat dengan nilai akal budi dan mencanai kematangan diri pembaca menjadi kehebatan seseorang penulis atau pengarang berita dan tidak semua individu boleh melakukan tugas ini. Kita sering membaca, menelaah dan menafsir paparan berita yang disiarkan dalam akhbar utama negara dan dijadikan sumber maklumat terkini untuk dikukuhkan dalam diri sehingga tidak mengetahui rahsia dalam budaya mengarang berita. Justeru, kajian ini meneroka ‘rahsia’ mengarang berita yang boleh dikongsi bersama umum dan membentuk budaya mengarang kepada generasi muda negara untuk terus menjadikan akhbar sebagai medan informasi tempatan dan antarabangsa. Mingguan Malaysia dan Berita Minggu yang dijadikan data kajian dan dianalisis berdasarkan Format Piramid Terbalik membuktikan budaya mengarang berita boleh dikuasai. Malahan, pendulu yang menjadi ‘fokus berita’ dapat menerapkan akal budi dalam mengarang dan memahami isi kandungan berita.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 50911.pdf]
Text
50911.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics