Asimilasi budaya melayu dalam masyarakat cina peranakan di Negeri Kelantan : kajian di Kampung Pasir Parit, Chetok, Pasir Mas, Kelantan / Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin ... [et al.]

Zainal Abidin, Mohd Zahirwan Halim and Yusof @ Salleh, Muhammad Yusri and Hassan, Paiz and Mohd Yaacob, Hamdi Rahman and Yaacob, Mazlah (2012) Asimilasi budaya melayu dalam masyarakat cina peranakan di Negeri Kelantan : kajian di Kampung Pasir Parit, Chetok, Pasir Mas, Kelantan / Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin ... [et al.]. In: The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago, 11-12 December 2012, Al Khawarizmi Lecture Hall, UiTM Perak.
Abstract

Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk sememangnya kaya dengan pelbagai budaya dan adat yang diamalkan oleh kaum-kaum tertentu. Hasil daripada interaksi yang positif antara mereka, maka sedikit sebanyak amalan dan budaya sesuatu kaum akan menyerap masuk dan diamalkan oleh kaum yang lain sebagai satu entiti dalam kehidupan mereka seharian. Lazimnya, budaya masyarakat majoriti lebih mudah mempengaruhi kehidupan masyarakat minoriti dalam konteks amalan, budaya, adat dan sensitiviti agama. Penulisan ini menumpukan kepada pengaruh budaya Melayu iaitu masyarakat majoriti di Malaysia kepada masyarakat cina iaitu kumpulan minoriti yang telah datang ke Malaysia sejak berabad lamanya. Kertas kerja ini akan membincangkan pengaruh budaya dan agama Islam kepada masyarakat cina di Kampung Pasir Parit, Pasir Mas, Kelantan meliputi cara hidup, budaya, seni bina, bahasa serta penghormatan mereka kepada agama Islam yang dianuti oleh masyarakat Melayu disekeliling perkampungan mereka.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 50851.pdf]
Text
50851.pdf
Download (5MB)
Indexing & Metrics