Nilai kapitalistik di dalam sistem pemilikan tanah masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia / Mohd Hasrol Haffiz Aliasak, Hamzah Jusoh dan Mohd Yusof Hussain

Aliasak, Mohd Hasrol Haffiz and Jusoh, Hamzah and Hussain, Mohd Yusof (2012) Nilai kapitalistik di dalam sistem pemilikan tanah masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia / Mohd Hasrol Haffiz Aliasak, Hamzah Jusoh dan Mohd Yusof Hussain. In: The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago, 11-12 December 2012, Al Khawarizmi Lecture Hall, UiTM Perak.

Abstract

Nilai kapitalistik merupakan salah satu nilai moral yang tidak hanya melibatkan sistem ekonomi dan politik di mana ia telah berkembang ke seluruh peringkat sosiologi kemasyarakatan. Prinsip umum nilai ini ialah ciri-ciri individualistik dan materialistik. Kedua-dua ciri ini merupakan elemen yang tidak terhad kepada amalan ekonomi dan politik tetapi mampu mempengaruhi gaya hidup dan persekitaran masyarakat. Dalam konteks kertas kerja ini, tumpuan nilai ini difokuskan kepada sistem pemilikan tanah yang diaplikasi di Semenanjung Malaysia iaitu Sistem Torrens. Sistem ini menonjolkan konsep hakmilik yang tidak boleh disangkal di mana pemilik individu mempunyai hak tidak terbatas untuk menentukan kepentingan tanah milikannya. Penentuan ini berasaskan sama ada tanah sebagai komoditi atau aset. Dalam skop perbincangan nilai kapitalistik, tanah dilihat sebagai komoditi yang boleh diurusniagakan di mana faktor-faktor permintaan dan penawaran merupakan satu
bentuk mekanisme dalam penentuan harga tanah tersebut sekiranya diurusniagakan. Mekanisme harga juga merupakan salah satu ciri-ciri umum nilai kapitalistik. Oleh yang demikian, kertas kerja ini membataskan analisa nilai kapitalistik dalam skop persepsi dan sikap pemilik-pemilik tanah kaum Melayu ke atas pemilikan tanah. Amnya, pada masa kini banyak tanah-tanah milikan Melayu telah dilupuskan sama ada melalui pelupusan secara sukarela atau proses pengambilan balik tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Dengan demikian, penulis akan membincangkan hubungan relatif antara nilai moral dan pengaruhnya terhadap amalan sistem pemilikan tanah di Semenanjung Malaysia daripada perspektif pemilik tanah kaum Melayu.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Aliasak, Mohd Hasrol Haffiz
UNSPECIFIED
Jusoh, Hamzah
UNSPECIFIED
Hussain, Mohd Yusof
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Competition. Production. Wealth > Competition. Monopolistic competition
H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Competition. Production. Wealth
H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Competition. Production. Wealth > Competition. Monopolistic competition > Malaysia
H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Capital. Capitalism
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus
Event Title: The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago
Event Dates: 11-12 December 2012
Page Range: pp. 519-529
Keywords: Nilai Kapitalistik, Penyusutan, sistem pemilikan tanah dan Kehilangan Pegangan Tanah Milikan Melayu. 1. Pendahuluan Nilai Kapitalistik merupakan salah satu nilai moral tanah yang dirangka dan dikonsepkan oleh
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50833
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 50833.pdf] Text
50833.pdf

Download (4MB)

ID Number

50833

Indexing

Statistic

Statistic details