Epistemologi pembangunan ekonomi Islam vs pembangunan ekonomi barat / Ahmad Fauzee Abdullah dan Kalsom Awang

Abdullah, Ahmad Fauzee and Awang, Kalsom (2012) Epistemologi pembangunan ekonomi Islam vs pembangunan ekonomi barat / Ahmad Fauzee Abdullah dan Kalsom Awang. In: The 9th Regional Symposium of the Malay Archipelago, 11-12 December 2012, Al Khawarizmi Lecture Hall, UiTM Perak.
Abstract

Secara umum, pembangunan di dunia sekarang dibina daripada dua falsafah yang dominan, iaitu Falsafah Pembangunan Kapitalis dan Falsafah Pembangunan Marxis. Kedua-dua falsafah ini menggunakan perkaedahan Sains Sosial Barat yang mempamerkan bahawa hukum kemajuan bagi mereka bermaksud menuju ke arah kemajuan kebendaan dan pemusnahan masyarakat tradisi. Analisis mereka juga tertumpu kepada lingkungan hubungan antara manusia dan manusia, manusia dan alam sahaja, tanpa melibatkan perhubungan manusia dengan Pencipta. Dalam perspektif Islam, manusia adalah khalifah Allah. Ukuran pembangunan pula bukan kebendaan dan kepenggunaan, tetapi sebaliknya ialah iman dan taqwa. Kemajuan tidak sepatutnya dijadikan proses untuk melepaskan diri dari kepercayaan agama, malah agama adalah merupakan penentu kepada
pembangunan. Kertas kerja ini cuba menjelaskan bagaimana wujudnya pertembungan pemikiran dan falsafah antara pembangunan dari sudut pandangan Islam dengan pemikiran falsafah barat. Perkara ini sering menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam khasnya dan negara Islam amnya. Ini adalah disebabkan sering berlaku campuraduk antara dua epistemologi yang begitu berbeza, samada di segi dasarnya, prinsipnya serta seluruh kerangka pembangunan itu sendiri.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 50747.pdf]
Text
50747.pdf
Download (5MB)
Indexing & Metrics