Analisis korelasi logam-logam berat dalam tanah pertanian fraksi litogen dan tak litogen di Sepang dan Petaling Tin, Selangor / Ahmad Mahir Razali … [et al.]

Razali, Ahmad Mahir and Hue, Yun Jy and Jusoh, Khairah and Cheah, Siew Lin and Abdullah, Maimon and Abdullah, Aminah (2004) Analisis korelasi logam-logam berat dalam tanah pertanian fraksi litogen dan tak litogen di Sepang dan Petaling Tin, Selangor / Ahmad Mahir Razali … [et al.]. In: STSS 2004 : Sains dan Teknologi 1, 31 MEI – 1 JUN 2004, HOTEL VISTANA, KUANTAN, PAHANG.

Abstract

Penentuan kandungan logam berat dalam tanah telah dijalankan di kawasan Sepang danPetaling Tin. Logam berat yang dikaji adalah Pb, Cd, Cu, Cr, Fe, Mn dan Zn. Sampel tanah untuk kajian ini diekstrak dengan menggunakan kaedah pengekstrak berjujukan merangkumi pengekstrakan logam-logam berat dalam fraksi litogen dan fraksi tak litogen. Analisis korelasi telah dilakukan untuk mengetahui perkaitan antara logam-logam berat dalam tanah fraksi litogen dan tanah fraksi tak litogen. Hasil analisis menunjukkan kebanyakan logam berat adalah berkorelasi signifikan antara satu sama lain. Logam Cd dan Cn mempunyai korelasi signifikan dalam kedua-dua jenis tanah fraksi litogen dan tak litogen di kedua-dua kawasan kajian. Cr dan Fe pula berkorelasi signifikan dalam tanah fraksi litogen sahaja di kedua-dua kawasan kajian. Sementara Pb dan Mn pula mempunyai korelasi signifikan dalam tanah fraksi tak litogen sahaja di kedua-dua kawasan kajian. Analisis korelasi antara logam berat dalam tanah dengan faktor pH tanah, peratus saiz butiran tanah <63 µm dan peratus karbon organik turut dilakukan. Di kawasan Sepang, logam berat dalam kedua-dua fraksi tanah didapati tidak berkorelasi signifikan dengan pH tanah dan peratus karbon organik. Faklor peratus saiz butiran tanah berkorelasi signifikan dengan Mn dan Zn dalam tanah litogen. Di Petaling Tin pula, logam berat dari kedua-dua fraksi tanah tidak menunjukkan korelasi signifikan dengan pH tanah. Pb dan Fe dalarn tanah tak litogen berkorelasi signifikan dengan peratus saiz butiran tanah <63 µm. Apabila data kedua-dua kawasan kajian digabungkan, didapati saiz butiran tanah <63 µm tidak mempengaruhi kehadiran logam logan berat dalam kedua-dua fraksi tanal1. Pb, Cr dan Mn dari tanah litogen bcrkorelasi signifikan dengan pH tanah. Manakala Mn dari tanah tak litogen berkorelasi signifikan dengan peratus karbon organik pula.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Razali, Ahmad Mahir
UNSPECIFIED
Hue, Yun Jy
UNSPECIFIED
Jusoh, Khairah
UNSPECIFIED
Cheah, Siew Lin
UNSPECIFIED
Abdullah, Maimon
UNSPECIFIED
Abdullah, Aminah
UNSPECIFIED
Subjects: Q Science > QD Chemistry > Inorganic chemistry > Metals
Q Science > QD Chemistry > Cadmium
S Agriculture > S Agriculture (General) > Soils. Soil science. Including soil surveys, soil chemistry, soil structure, soil-plant relationships
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: STSS 2004 : Sains dan Teknologi 1
Event Dates: 31 MEI – 1 JUN 2004
Page Range: pp. 215-221
Keywords: Analisis korelasi, Logam berat, Tanah fraksi litogen, Tanah fraksi tak litogen, pH, Saiz butiran tanah, Karbon organik
Date: 2004
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/50593
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 50593.PDF] Text
50593.PDF

Download (2MB)

ID Number

50593

Indexing

|

Statistic

Statistic details