Kajian karyawan seni khat Terengganu / Azman Che Mat, Azarudin Awang and Ghani Ismail

Che Mat, Azman and Awang, Azarudin and Ismail, Ghani (2011) Kajian karyawan seni khat Terengganu / Azman Che Mat, Azarudin Awang and Ghani Ismail. [Research Reports] (Unpublished)
Abstract

Perkembangan seni khat di Terengganu dapat diperhatikan menerusi hasil-hasil karya seni berkenaan yang digunakan sebagai media komunikasi, khususnya pada peninggalan Batu Bersurat Piagam Terengganu. Malah salah seorang Sultan Terengganu, Tuanku Sultan Mahmud merupakan seorang sultan yang amat mencintai seni khat.
Kajian ini dilaksanakan untuk tujuan menelusuri tokoh-tokoh karyawan khat yang berasal dari negeri Terengganu Darul Iman. Di samping itu juga, kajian tentang perkembangan seni khat di Terengganu juga menjadi objektif kajian ini. Bahkan, keindahan seni khat yang digunakan dalam papan tanda di kebanyakan tempat di Terengganu menjadi dorongan kajian ini dilaksanakan.
Hasil pemerhatian awal, hanya seorang dua sahaja karyawan seni khat Terengganu yang dapat dikesan. Namun dengan menggunakan teknik “snow ball" terdapat enam orang karyawan seni khat yang dikenal pasti sebagai karyawan yang aktif dan masih tinggal di Terengganu. Melalui pendekatan kualitatif, teknik tinjauan lapangan dan temu bual digunakan sepenuhnya untuk tujuan mengumpul data. Tinjauan lapangan melibatkan rakaman lokasi dan bahan-bahan berkaitan menggunakan kamera. Manakala teknik temu bual pula melibatkan pertemuan bersemuka dengan responden kajian. Data temu bual dirakam menggunakan alat perakam.
Kaedah deskriptif digunakan untuk menerangkan dan menyusun data kajian. Menerusi rakaman lokasi dan bahan, huraian dan penjelasan dapat dihasilkan. Manakala data temu bual pula ditranskripsi. Hasil transkripsi itu dihurai dan disusun berdasarkan objektif kajian yang teiah digariskan.
Secara keseluruhannya, beberapa petunjuk dapat dikumpulkan untuk menjadikan kajian ini sebagai sumber rujukan awal mengenai kegiatan karyawan khat, latar belakang, potensi dan survival seni khat, cabaran dan juga peluang seni khat sebagai satu kerjaya dan juga produk seni.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 50223.pdf]
Text
50223.pdf
Download (205kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Kaunter Perkhidmatan Maklumat | Kampus Dungun, Terengganu
Item Status
Indexing & Metrics