Kesunyian dan hubungan sosial di kalangan warga tua di Semenanjung Malaysia / Mazura Mokhtar, Saharani Abdul Rashid and Yusharina Yusof

Mokhtar, Mazura and Abdul Rashid, Saharani and Yusof, Yusharina (2012) Kesunyian dan hubungan sosial di kalangan warga tua di Semenanjung Malaysia / Mazura Mokhtar, Saharani Abdul Rashid and Yusharina Yusof. In: PROSIDING KONAKA 2012, 5 - 6 November 2012, Gambang Resort, Kuantan, Pahang.
Abstract

Kajian ini bertujuan melihat perkaitan diantara hubungan sosial dan kesunyian yang dialami oleh warga tua yang berumur 60 tahun dan ke atas di Semenanjung Malaysia. Data yang digunakan dalam kajian ini diperolehi daripada Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke-4 yang telah dilakukan oleh pihak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Kaedah Statistik Diskriptij dan Regresi Logistik digunakan dalam menganggar pembolehubah-pembolehubah yang mempengaruhi kesunyian. Antara pembolehubah-pembolehubah yang digunakan adalah kekerapan berkomunikasi dengan ahli keluarga, jiran atau rakan dan penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan. Hasil kajian mendapati bahawa pembolehubah-pembolehubah yang mempengaruhi kesunyian di kalangan warga tua adalah jantina, umur, status perkahwinan, kekerapan berhubung dengan anak-anak, kekerapan berhubung dengan adik beradik, berbual dengan pasangan, berbual dengan adik beradik, berbual dengan saudara dan menyertai aktiviti sukan atau riadah

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 50105.PDF]
Text
50105.PDF
Download (2MB)
Indexing & Metrics