Mengkaji tahap kepuasan penghuni rumah pangsa kos rendah dari aspek pengurusan, rekabentuk, lokasi dan kemudahan kajian kes: Seksyen 6, Seksyen7 dan Seksyen8, Shah Alam / Norazaza Hassan

Hassan, Norazaza (2010) Mengkaji tahap kepuasan penghuni rumah pangsa kos rendah dari aspek pengurusan, rekabentuk, lokasi dan kemudahan kajian kes: Seksyen 6, Seksyen7 dan Seksyen8, Shah Alam / Norazaza Hassan. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.
Abstract

Kajian ilmiah ini adalah bertujuan mengenalpasti elemen-elemen dalam rumah kos rendah yang mempengaruhi kepuasan pengguna. Elemen-elemen tersebut ialah dari aspek pengurusan, rekabentuk, lokasi dan kemudahan. Objektif utama kajian ini ialah mengkaji tahap kepuasan penghuni rumah pangsa kos rendah terhadap rumah yang didiami mengikut elemen-elemen di atas. Kajian ini juga akan mengkaji masalah-masalah yang dihadapi mereka dan mencadangkan penambahbaikan untuk rumah kos rendah.. Bagi mencapai matlamat kajian ini, kajian melalui borang soal selidik, temubual secara lisan dengan responden dan pemerhatian telah dilakukan. Kajian ini dijalankan dengan mengunakan alat-alat penyelidikan seperti kajian perpustakaan, temubual, borang kaji selidik, likert scale dan juga mengunakan SPSS {Statistical Package for the Social Science). Kawasan kajian yang dikaji ialah Seksyen 6, Seksyen 7 dan Seksyen 8. Hasil Penemuan kajian mendapati kebanyakan responden bersifat neutral iaitu suatu keadaan dimana boleh dikatakan kebanyakan responden merasakan bahawa rumah mereka memberi kepuasan kepada mereka. Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud kesemua penduduk di sini berpuas hati sepenuhnya dengan perumahan kos rendah tersebut. Masih ada responden yang berpendapat tahap kepuasan mereka terhadap rumah dan persekitarannya berada di dalam keadaan yang kurang memuaskan. Ini bermaksud ada banyak lagi ruang untuk pembaikan perlu diberi perhatian dalam menyediakan satu sistem perumahan yang lebih sempurna. Penyediaan rumah kos rendah untuk kegunaan golongan berpendapatan rendah adalah sangat perlu untuk membebaskan mereka dari kekangan dan kesusahan ekonomi. Pemilikan rumah sebegini, boleh sekurang-kurangnya mengeluarkan mereka dari kitaran atau putaran kemiskinan dan seterusnya memperolehi keselesaan hidup yang lebih baik daripada sebelum ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 50083.pdf]
Text
50083.pdf
Download (136kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics