Analisa pembatasan stokastik ke atas kecekapan teknikal di sektor pembuatan di Malaysia: kajian kes bagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) / Zalina Zahid and Marziah Mokhtar

Zahid, Zalina and Mokhtar, Marziah (2006) Analisa pembatasan stokastik ke atas kecekapan teknikal di sektor pembuatan di Malaysia: kajian kes bagi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) / Zalina Zahid and Marziah Mokhtar. [Research Reports] (Unpublished)

Download

[thumbnail of 48559.pdf] Text
48559.pdf

Download (190kB)

Abstract

Sejak kerajaan Malaysia melaksanakan dasar perindustrian dalam tahun 1980an, ekonomi Malaysia telah berkembang dan telah mencapai tahap yang membanggakan. Ini dapat dilihat dari kadar pertumbuhan dalam KDNK yang tinggi sebanyak 8% dalam tahun 1990-1996, 6% dalam tahun 1997-1999 dan meningkat semula ke paras 7% dalam tahun 2000-2003. Mengikut Peter (1990), jika kadar pertumbuhan dalam KDNK dapat dikekalkan pada paras sekurang-kurang 7% setiap tahun, ini akan menunjukkan ekonomi sesebuah negara adalah kukuh. Sektor pembuatan pula merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan produktiviti Malaysia. la menyumbang sebanyak 30.6% (2003) daripada jumlah KDNK dan memberikan pekerjaan kepada 30% gunatenaga negara. Komponen utama dalam industri-industri sektor pembuatan ialah terdiri dari Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dimana IKS merangkumi lebih daripada 80% jumlah pertubuhan-pertubuhan pembuatan. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) adalah satu perniagaan dengan jualan dagangan yang tidak melebihi RM25 juta atau pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Industri yang menunjukkan kecekapan teknikal yang tinggi ialah ialah Kitar semula sisa dan sekerap bukan logam (372), Pembuatan perkakasan dan instrument perubatan dan perkakasan dan perkakasan untuk menyukat, memeriksa, menguji, memandu arah dan kegunaan lain , kecuali instrument optik (331), Pembuatan penerima televisyen dan radio, rakaman bunyi atau video atau peralatan rakaman semula dan barangan berkaitan (323), Pembuatan motor, penjana dan transformer elektrik (311), Pembuatan kaca dan produk kaca (261) dan Pembuatan produk petroleum bertapis (232).

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email
Zahid, Zalina
UNSPECIFIED
Mokhtar, Marziah
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Small business. Medium-sized business
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC) > Institute of Research, Development and Commercialization (IRDC)
Item ID: 48559
Uncontrolled Keywords: Industri Kecil dan Sederhana (iks), Ekonomi, Malaysia
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/48559

Fulltext

Fulltext is available at:
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
  • ID Number

    48559

    Indexing


    View in Google Scholar

    Edit Item
    Edit Item