Penglibatan Sektor Bukan Kerajaan di Malaysia, Singapura dan Indonesia dalam mengembangkan potensi dana wakaf suatu perbandingan / Mohd Ali Muhamad Don

Muhamad Don, Mohd Ali (2012) Penglibatan Sektor Bukan Kerajaan di Malaysia, Singapura dan Indonesia dalam mengembangkan potensi dana wakaf suatu perbandingan / Mohd Ali Muhamad Don. In: 8th Academic Conference, ACCON 2012 UiTM Cawangan Johor, 2 - 4 November 2012, Bukit Gambang Resort City,Pahang.

Download

[thumbnail of 48547.pdf] Text
48547.pdf

Download (1MB)

Abstract

Peranan pemerintah Islam dalam menjana ekonomi ummah menerusi amalan pewakafan harta sudah diketahui umum. Kerajaan Malaysia sebagai contoh telah menubuhkan Jabatan
Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) pada tahun 2004 dengan matlamat untuk memantapkan pengurusan harta umat Islam dalam bentuk wakaf, zakat dan mal di peringkat kebangsaan.
Begitu pula setiap negeri di Malaysia mempunyai unit atau jabatan khusus berkaitan wakaf dibawah Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Namun begitu ramai yang kurang mengetahui
penglibatan serta kejayaan institusi bukan kerajaan seperti Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) di Malaysia, Warees Investment Pte. Ltd. di Singapura dan Dhompet
Dhuafa’ Republika di Indonesia dalam mengembangkan potensi harta wakaf. Justeru kajian ini cuba mengenal pasti usaha murni dan sumbangan syarikat terlibat daripada aspek amalan, agihan dan pengembangan harta wakaf sebagai sebuah kajian perbandingan untuk manfaat semua. Selain itu kajian turut tertumpu kepada meneliti kaedah pengagihan harta wakaf dan bagaimana manfaatnya dapat dinikmati oleh komuniti Islam setempat. Skop kajian ini tertumpu kepada 3 buah institusi yang telah dikenal pasti iaitu Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) di Malaysia, Warees Investment Pte. Ltd. di Singapura dan Dhompet
Dhuafa’ Republika di Indonesia. Bagi memperoleh data dan maklumat kajian, aktiviti lawatan kerja dan temu bual bersama individu terlibat di WANCorp, Majlis Ugama Islam
Singapura (MUIS) dan Dhompet Dhuafa’ Indonesia telah dilaksanakan. Selain daripada itu sumber literatur daripada buku laporan tahunan syarikat, penulisan berkaitan wakaf, jurnal serta artikel ilmiah yang berkaitan turut dijadikan rujukan. Pengkaji mendapati terdapat kelebihan dan kekurangan di antara ketiga-tiga buah institusi yang dikaji. Walaubagaimanapun ia tidaklah mencemarkan imej wakaf Islam sebagai sebuah institusi kebajikan demi survival ummah sejagat. Malah kejayaan JCorp memperkenalkan Konsep Wakaf Korporat, Warees Investment Pte. Ltd. membangunkan hartanah wakaf sehingga bernilai lebih daripada S$300 juta dan Dhompet Dhuafa’ menubuhkan smart school menggunakan mekanisme zakat dan wakaf adalah sangat membanggakan. Semoga dapatan kajian ini bakal
menjadi batu loncatan untuk kajian lain yang lebih terperinci demi menjadikan institusi wakaf sebagai badan kebajikan dan ekonomi ummah sejagat.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email
Muhamad Don, Mohd Ali
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Editor
Jangga, Rohani
UNSPECIFIED
Editor
Jalaluddin, Ainol Hasanal
UNSPECIFIED
Editor
Soo, Carolyn Kum Yoke
UNSPECIFIED
Editor
Sain, Noridah
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Waqf. Awqāf. Charities. Endowments
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and economics
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Johor
Journal or Publication Title: 8th Academic Conference, ACCON 2012 UiTM Cawangan Johor
UiTM Journal Collections: Others > Jurnal Akademik UiTM Cawangan Johor
Event Title: 8th Academic Conference, ACCON 2012 UiTM Cawangan Johor
Event Dates: 2 - 4 November 2012
Item ID: 48547
Uncontrolled Keywords: Wakaf, Institusi Bukan Kerajaan, Johor Corporation Berhad, Waqaf An-Nur Corporation Berhad, Warees Investment Pte. Ltd, Dhompet Dhuafa’Republika, UiTM Cawangan Johor
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/48547

ID Number

48547

Indexing


View in Google Scholar

Edit Item
Edit Item