Kajian penggunaan MK7003 yang dihasilkan dari Kaolin tempatan sebagai bahan gantian separa terhadap ketahanlasakkan konkrit / Muhd Norhasri Muhd Sidek, Mohd Fadzil Arshad and Dr Megat Azmib Megat Johari (USM)

Muhd Sidek, Muhd Norhasri and Arshad, Mohd Fadzil and Johari (USM), Megat Azmib Megat (Dr) (2006) Kajian penggunaan MK7003 yang dihasilkan dari Kaolin tempatan sebagai bahan gantian separa terhadap ketahanlasakkan konkrit / Muhd Norhasri Muhd Sidek, Mohd Fadzil Arshad and Dr Megat Azmib Megat Johari (USM). [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

MK7003 merupakan bahan pozolan yang dihasilkan dari tanah kaolin tempatan melalui proses pengkalsinan pada suhu 700°C selama 3 jam. Kajian potensi bahan ini sebagai bahan gantian separa simen terhadap ciri-ciri fizikal dan mekanikal dalam bancuhan konkrit telah dijalankan. Pengantian bahan MK7003 pada tahap 5%, 10% dan 15% digunakan dalam bancuhan konkrit. Ujian-ujian mekanikal dan ketahanlasakkan dijalankan ke atas sampel konkrit yang mengunakan bahan ini bagi menentukan kadar pengantiannya yang optima untuk bancuhan konkrit. Kajian keberkesanan penggunaan MK7003 sebagai bahan gantian separa simen dalam bancuhan konkrit untuk kaedah pengawetan biasa (20 ± 2 °C), suhu terdedah (36 ± 2 °C), suhu tinggi (50 ± 2 °C) dan sulfat juga dijalankan. Kiub-kiub konkrit yang mengandungi bahan MK7003 bersaiz 100 x 100 x 100mm disediakan dan diawet dalam empat(4) kaedah pengawetan yang dinyatakan diatas. Ujian mampatan kiub dijalankan bagi memenentukan kesan pengawetan terhadap kiub-kiub konkrit yang mengandungi MK7003 berbanding simen OPC. Kajian mendapati, pengantian bahan MK7003 meningkatkan ketahalasakkan konkrit. Kajian juga mendapati bahawa MK7003 didapati mampu untuk meningkatkan prestasi kekuatan mampatan konkrit pada pengantian 10% untuk semua kaedah pengawetan.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Muhd Sidek, Muhd Norhasri
UNSPECIFIED
Arshad, Mohd Fadzil
UNSPECIFIED
Johari (USM), Megat Azmib Megat (Dr)
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TN Mining engineering. Metallurgy > Nonmetallic minerals
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC) > Institute of Research, Development and Commercialization (IRDC)
Keywords: MK7003, Kaolin, Bahan pozolan, Bahan gantian
Date: 2006
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/48253
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 48253.pdf] Text
48253.pdf

Download (195kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

48253

Indexing

Statistic

Statistic details