Peranan dan fungsi Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dalam industri hartanah di Malaysia / Mohd Azanizam Samsudin

Samsudin, Mohd Azanizam (2009) Peranan dan fungsi Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dalam industri hartanah di Malaysia / Mohd Azanizam Samsudin. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) ditubuhkan bagi memberi perlindungan kepada pembeli rumah dan mempercepatkan tuntutan daripada pembeli rumah. Tribunal ini juga dapat mengurangkan karenah birokrasi dan tidak memerlukan peguam serta keputusan yang dibuat adalah muktamad. Kajian ini membincangkan peranan dan fungsi Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dalam industri hartanah di Malaysia. Hal ini kerana pembeli rumah terdedah kepada masalah perumahan yang dicipta oleh pemaju perumahan. Masalah ini termasuklah kecacatan hasil kerja, tidak mengikut spesifkasi Surat Perjanjian Jual dan Beli (SPJB) dan kelewatan penyerahan milikan kosong oleh pihak pemaju kepada pembeli rumah. Selain itu, kajian ini turut membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dan jenis-jenis rumah yang terdapat di Malaysia. Kajian temubual turut dilakukan di Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dan Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah. Data-data yang diperolehi akan dianalisis mengikut jenis-jenis tuntutan yang didaftarkan, penyelesaian kes tuntutan, jangka masa kes tuntutan dan nilai kes tuntutan di Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR). Seterusnya, kajian ini difokuskan kepada cadangan penambahbaikan dalam memastikan keberkesanan fungsi dan peranan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) dalam industri hartanah di Malaysia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 48074.pdf]
Text
48074.pdf
Download (117kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics