Tahap keselamatan kebakaran di stesen minyak mini / Abdul Bary Abdul Rahim

Abdul Rahim, Abdul Bary (2009) Tahap keselamatan kebakaran di stesen minyak mini / Abdul Bary Abdul Rahim. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Secara umumnya, stesen minyak mini beroperasi di kawasan luar bandar. Pada kebiasaannya sistem perlindungan kebakaran yang terdapat di sana masih berada di tahap yang tidak memuaskan walau bagaimanapun pengusaha stesen minyak mini telah berusaha untuk mempertingkatkan keupayaan sistem perlindungan kebakaran di premis mereka, namun demikian terdapat pelbagai aspek yang lebih utama yang perlu mereka pertimbangkan. Kajian tapak yang di jalankan bagi memenuhi tiga objektif kajian. Sebanyak lima stesen minyak mini yang berbeza telah dipilih dan kajian soal selidik di semua lokasi kajian tapak yang dipilih adalah sebanyak 50 responden melalui kaedah permerhatian dan temu bual. Pembinaan stesen minyak mini sebenarnya gagal memenuhi keperluan perlindungan kebakaran dari sudut pasif. Dalam kajian ini akan merungkaikan segala aspek kelemahan stesen minyak mini serta menyelami permasalahan sebenar keselamatan kebakaran. Memang tidak dinafikan pengusaha stesen minyak mini telah menyediakan perlindungan kebakaran di premis mereka. Dari kajian ini, jelaslah menunjukkan banyak kelemahan stesen minyak mini dari segi amalan keselamatan kebakaaran yang dipraktikkan oleh pengusaha sebenarnya kurang berkesan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 47876.pdf]
Text
47876.pdf
Download (98kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics