Pengapit gerudi / Abdul Aziz Mohamad

Mohamad, Abdul Aziz (1991) Pengapit gerudi / Abdul Aziz Mohamad. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Penggunaan mesin gerudi sememangnya amat penting terutama untuk menebuk lubang pada sesuatu komponen. Akan tetapi terfikirkah oleh kita bagaimanakah sekiranya komponen yang hendak ditebuk itu hanya sebesar duit syiling dua puluh sen sahaja. Adakah kita perlu menetapkan kedudukannya pada mesin gerudi dengan menggunakan pengapit S ataupun alat-alat lain yang difikirkan sesuai, atau hanya menahan dengan menggunakan jari sahaja. Sudah tentu amat payah sekali untuk menjalankan kerja-kerja menggerudi dengan bantuan alat-alat ini kerana hampir keseluruhan jenis pengapit yang terdapat di dalam bengkel hanya khas untuk benda-benda yang besar sahaja, sementara apitan yang perlu dikenakan ke atas bendakerja perlu kuat untuk menahan halaju putaran mata alat mesin gerudi. Memandangkan kepada masalah ini, maka telah timbul suatu idea untuk merekabentuk suatu alat yang mana ia berfungsi untuk menahan komponen-komponen yang kecil semasa operasi menggerudi dijalankan, yang dinamakan ‘PENGAPIT GERUDI’. Alat ini berfungsi seperti dua jari yang mana ianya mengapit bendakerja dengan kuat untuk menahan daya putaran mata alat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 47875.pdf]
Text
47875.pdf
Download (192kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics