A-PMPK (Aplikasi-Panduan Mudah Perakaunan Kos) / Ahmad Daud Marsam … [et al.]

Marsam, Ahmad Daud and Hussain, Wan Shafizah and Abu, Nor 'Asyiqin and Basri, Siti Aisyah (2017) A-PMPK (Aplikasi-Panduan Mudah Perakaunan Kos) / Ahmad Daud Marsam … [et al.]. In: Melaka International Intellectual Exposition (MIIEX 2007). Division of Research and Industry Linkages, Alor Gajah, Melaka.
Abstract

Pengusaha-pengusaha perlu mengenalpasti semua kos yang terlibat dalam penghasilan produk mereka dan seterusnya memahami asas perakaunan kos. Kefahaman tentang perakaunan kos amatlah penting kerana ianya boJeh digunakan untuk membantu pengusaha untuk menentukan harga jualan yang paling tepat untuk produk mereka dan membantu pengusaha mengenalpasti titik pulang modal supaya dapat mengelakkan kerugian dalam perusahaan mereka. Pengusaha industri kecil dan sederhana yang tidak mempunyai kefahaman yang jelas dalam asas perakaunan kos akan mengalami kesukaran untuk mengenalpasti anggaran kos, penentuan harga jualan dan pengiraan titik pulang modal. a-PMPK adalah satu aplikasi yang dihasilkan untuk membantu para pengusaha untuk mengira jumfah kos untuk produk yang dihasilkan dan seterusnya dapat membantu pengusaha dalam menentukan harga jualan serta mengenalpasti titik pulang modal bagi produk mereka. Penggunaan a-PMPK ini dapat mengelakkan kesilapan yang selalunya dibuat oleh pengiraan secara manual. a-PMPK boleh dimuat turun dan dipasang di komputer peribadi, komputer riba dan telefon pintar. a-PMPK adalah aplikasi mesra pengguna yang bukan sahaja sesuai digunakan oleh para pengusaha malahan juga sesuai digunakan oleh mahasiswa university pelajar pra-universiti dan masyarakat umum. Penghasilan a-PMPK ini diharap dapat membantu para pengusaha untuk membuat keputusan yang lebih tepat dalam pengendalian perusahaan mereka.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of Abstract Only]
Text (Abstract Only)
47843.pdf
Download (427kB)
Indexing & Metrics