Keamanan menurut al-quran dan hubungannya dengan filantropi islam / Faezy Adenan and Asmak Ab Rahman

Adenan, Faezy and Ab Rahman, Asmak (2021) Keamanan menurut al-quran dan hubungannya dengan filantropi islam / Faezy Adenan and Asmak Ab Rahman. Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS), 7 (1). pp. 151-169. ISSN (e-ISSN) :0128-0902
Abstract

Keamanan merupakan suatu yang sangat penting dibincangkan pada masa kini memandangkan terlalu banyak berlaku peperangan, kekacauan dan ketidakamanan di serata dunia. Islam merupakan agama yang sangat mementingkan keamanan dan menolak segala bentuk keganasan. Terma“keamanan” banyak dinyatakan di dalam al-Quran. Kajian ini bertujuan mengenalpasti lafaz-lafaz yang berkaitan keamanan yang terdapat didalam al-Quran dan merujuk kepada pandangan para mufassirin terhadap lafaz-lafaz tersebut. Seterusnya, kajian ini ingin melihat kaitan keamanan dengan bidang filantropi Islam. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan kajian perpustakaan bagi pengumpulan data dan dianalisis menggunakan analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan terdapat beberapa terma yang digunakan dalam al-Quran yang membawa maksud keamanan. Kajian juga mendapati bahawa keamanan mempunyai hubungan yang sangat signifikan terhadap bidang filantropi Islam.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 47142.pdf]
Text
47142.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics