Hibah Al-Umra dan hibah Al-Ruqba dari perspektif mazhab Al-Syafie / Nurfarhana Mohd Daud ... [et al.]

Mohd Daud, Nurfarhana and Redzuan, Mohd Asyadi and Sharif, Dziauddin and Aziz, Siti Noor Ain and Saja@Mearaj, Mahasin and Isa, Aflah (2021) Hibah Al-Umra dan hibah Al-Ruqba dari perspektif mazhab Al-Syafie / Nurfarhana Mohd Daud ... [et al.]. Voice of Academia (VOA), 17 (1). pp. 153-162. ISSN 2682-7840
Identification Number (DOI): 10.24191/VoA.v17i1.11522
Abstract

Hibah al-Umra merupakan suatu pemberian yang disandarkan kepada umur atau jangka hayat seseorang sama ada pemberi hibah atau penerima hibah. Hibah al-Ruqba pula merujuk kepada pemberian hibah yang disandarkan kepada tempoh hidup atau jangka hayat kedua-dua pemberi dan penerima hibah. Kajian ini membincangkan berkenaan pandangan-pandangan fuqaha mazhab al-Syafie berkenaan dengan hibah bersyarat yang diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliyya, iaitu hibah al-Umra dan hibah al-Ruqba. Kaedah yang digunakan untuk menghasilkan perbincangan ini adalah menggunakan kaedah kualitatif, iaitu kaedah pengumpulan data dari pelbagai sumber buku. Rujukan utama bagi penulisan ini ialah kitab-kitab turath. Perbincangan hasil kajian ini ialah perbezaan pandangan dalam kalangan fuqaha mazhab yang terbit daripada perbezaan tafsiran dan kefahaman terhadap hadis-hadis umra dan ruqba sama ada berpegang secara mutlak kepada nas-nas hadis tersebut atau mentakwilkannya. Hal ini bermakna makna pemilikan (tamlik) yang terkandung dalam hadis-hadis membawa maksud kepada pemilikan ke atas zat barang ataupun ke atas manfaat sahaja.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 46889.pdf]
Text
46889.pdf
Download (4MB)
Indexing & Metrics