Siswa Bistari: Setapak ke dunia keusahawanan / Ros Hasri Ahmad, Sharul Effendy Janudin dan Noor Azrin Zainuddin

Ahmad, Ros Hasri and Janudin, Sharul Ejfendy and Zainuddin, Noor Azrin (2007) Siswa Bistari: Setapak ke dunia keusahawanan / Ros Hasri Ahmad, Sharul Effendy Janudin dan Noor Azrin Zainuddin. Jurnal Akademik UiTM Johor, 7. pp. 137-150. ISSN 1511-9300
Abstract

Siswa Bistari merupakan program perintis dalam usaha untuk membudayakan semangat keusahawanan di kalangan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam. Program ini adalah usahasama di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor, Johor Corporation dan Bistari Johor Berhad. Ia merupakan satu usaha penting bagi menjana dan membangunkan golongan generasi baru usahawan. Ini adalah kerana golongan siswazah merupakan kumpulan yang paling berpotensi dibangunkan menjadi usahawan kelas menengah yang berkebolehan untuk mengambil bahagian secara aktif dalam membangunkan ekonomi negara. Matlamat utama program ini adalah untuk memupuk dan menerap budaya keusahawanan di kalangan mahasiswa melalui pendedahan kepada pengalaman praktikal perniagaan semasa di kampus. Pendedahan ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan para siswazah yang berkeupayaan untuk menjadi usahawan yang berpengetahuan, bermaklumat dan bersedia untuk menghadapi persaingan dalam dunia perniagaan. Melalui program ini diharapkan dapat menarik minat lebih ramai mahasiswa Bumiputera untuk menceburi bidang
keusahawanan di masa hadapan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 45771.pdf]
Text
45771.pdf
Download (655kB)
Indexing & Metrics