Sistem pengurusan penyelenggaraan berkomputer di Institut Teknologi Mara Shah Alam / Ahmad Zaiyad Abd. Rahim … [et al.]

Abd. Rahim, Ahmad Zaiyad and Abd Hamid, Hamdan and Mohd. Isa, Jauhari and Sulaiman, Roszan (1995) Sistem pengurusan penyelenggaraan berkomputer di Institut Teknologi Mara Shah Alam / Ahmad Zaiyad Abd. Rahim … [et al.]. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Bahagian ini pada awalnya dikenali sebagai Bahagian Bangunan dan Kawasan dimana ia bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan, menguruskan unit-unit projek dan pembaikan. Tetapi, mulai daripada lhb. Jan. 1982 kedua-duanya digabungkan serta diubah namanya kepada kepada Bahagian Pembangunan Penyelenggaraan (BPP ) serta diletakkan di bawah Pentadbiran PengarahJa dibahagi kepada dua bidang kerja iaitu : 1) Bahagian Pembangunan 2) Bahagian Penyelenggaraan Bahagian Pembangunan - Dipertanggungjawabkan untuk mengawasi dan menyelaras projek-projek pembinaan besar di kampus induk dan kampus cawangan meliputi bahagian ( senibina, awam, ukurbahan, jentera dan elektrik ). Antara lain ia menguruskan tender dan kontrak, proses pembayaran kepada kontraktor dan badan perunding. Seterusnya projek besar dan tambahan yang telah siap dibina akan diselenggarakan oleh bahagian penyelenggaraan. Bahagian Penyelenggaraan - Terlibat secara langsung dalam projekprojek kecil seperti pembersihan kawasan-kawasan, bangunan-bangunan serta kerja-kerja pengubahsuaian samada menguruskan sendiri oleh pekerjapekerja diunit ini atau menswastakannya. Selain daripada itu ia menyediakan khidmat bersih, pembaikan serta pembelian barang-barang kegunaannya, membuat pembayaran kepada pembekal, penyediaan spesifikasi seperti tender dan sebut harga. Perlaksanaan tugas dibantu oleh Unit Pentadbiran Am yang bertindak sebagai urusetia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 45222.pdf]
Text
45222.pdf
Download (151kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics