Perspektif hubungan Malaysia – Indonesia : satu tinjauan dalam kalangan kepimpinan belia Indonesia / Siti Melinda Haris ... [et al.]

Haris, Siti Melinda and Mohd Shazali, Nurliyana and Abu Hassan, Nurul Nadia and Badaruddina, Shaharuddin and Che Sohb, Mazlan and Othman, Mohammad Nor (2015) Perspektif hubungan Malaysia – Indonesia : satu tinjauan dalam kalangan kepimpinan belia Indonesia / Siti Melinda Haris ... [et al.]. Journal of Administrative Science, 12 (2). pp. 1-17. ISSN 1675-1302
Abstract

Hubungan Malaysia-Indonesia telah berlarutan sejak sekian lama, sedari era kegemilangan kerajaan Melayu lama di Nusantara sehingga kedua-duanya berjaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1940-50an. Sesungguhnya, persahabatan dalam era moden ini banyak sekali cabarannya dan ianya dihambat dengan pelbagai isu. Masalah tenaga kerja, isu perbatasan, isu kebudayaan dan sebagainya dikenalpasti antara beberapa faktor yang mewarnai hubungan diplomatik kedua buah negara ini. Kajian ini dilakukan menerusi pendekatan kualitatif dan kuantitatif, di mana ianya telah melibatkan 73 orang responden dalam kalangan pemimpin beberapa persatuan belia di Indonesia. Ia meliputi sebahagian bandar-bandar utama di Indonesia seperti Medan, Padang, Jakarta, Bandung, Surabaya dan Banjarmasin dengan proses pengumpulan data telah bermula dari bulan November 2013 dan berakhir pada Ogos 2014. Kajian ini telah mengenalpasti persepsi serta pandangan kepimpinan belia Indonesia terhadap isu yang pada pendapat mereka kerapkali menghantui hubungan ini dan perlu diberikan perhatian. Beberapa cadangan turut diberikan bagi menyuburkan akar hubungan ke dua rumpun ini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 44764.pdf]
Text
44764.pdf
Download (514kB)
Indexing & Metrics
Citations
1 Google Scholar Citations