Kajian sinografi teater muzikal ibu Zain di istana budaya / Hamzah Mohamed Tahir

Mohamed Tahir, Hamzah (2008) Kajian sinografi teater muzikal ibu Zain di istana budaya / Hamzah Mohamed Tahir. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA.

Download

[thumbnail of 44402.pdf] Text
44402.pdf

Download (701kB)

Abstract

Sinografi adalah bersifat visual. Jika ditanya apakah sinografi dalam sesebuah pementasan maka perlulah kita menceritakan tentang set, kostum, solekan, props, cahaya dan bunyi. Elemen visual ini mesti bersatu, seragam, berkait, seimbang, lengkap untuk memberi keberkesanan dalam pementasan yang mantap. Seni visual ini mestilah berkomunikasi dan berinteraksi kepada penonton. Apabila penonton duduk di auditorium atau panggung, penonton akan menerima satu titik tolak permulaan cerita bila kandungan diatas ruang pentas mula bercerita. Ini semua berlaku sebelum pementasan bermula. Ini bermakna sinografi memainkan peranan yang utama untuk memberi interpretasi penonton terhadap teater yang akan dipentaskan. Penyelidikan, penelitian yang terperinci perlu dijalankan dengan sebaik mungkin sebelum memilih keputusan apa yang perlu dihidangkan kepada penonton. Ini kerana sinografi sesebuah pementasan perlu cepat berkomunikasi. Tidak seperti melihat sebuah lukisan di dalam sebuah galeri, kita boleh duduk berjam-jam untuk menganalisa apa yang cuba disampaikan oleh pelukis. Pementasan teater biasanya mengambil masa selama dua jam. Dalam durasi masa itu pula terdapat pertukaran babak dan pertukaran set dilakukan. Penonton hanya mempunyai masa yang singkat untuk menghayati sinografi dan mengetahui kemanakah pengarah akan membawa mereka, sebelum mereka menghadapi konflik yang akan dibawa oleh pelakon menerusi dialog. Ini bermakna pereka-pereka artistik memikul peranan yang berat dalam sesebuah produksi. Pereka-pereka artistik ini termasuklah pereka set, pereka kostum, jurusolek, penata cahaya dan sinografer. Sinografer selalunya mengetuai perekapereka artistik yang lain. Sinografer perlu melihat keseluruhan nilai artistik dalam produksi tersebut, melihat dengan jelas pertalian diantaraapa yang dilihat dengan penerimaan penonton dengan apa yang diberikan

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email
Mohamed Tahir, Hamzah
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Khan, Hatta Azad (Dr.)
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) > Theory. Philosophy. Aesthetics of the visual arts
N Fine Arts > NX Arts in general > Special subjects, characters, persons, religious arts, etc.
P Language and Literature > PN Literature (General) > The performing arts. Show business
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Film, Theatre and Animation
Programme: Master
Item ID: 44402
Uncontrolled Keywords: teater, muzikal, ibu zain
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/44402

Fulltext

Fulltext is available at:
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
  • ID Number

    44402

    Indexing


    View in Google Scholar

    Edit Item
    Edit Item