Aplikasi GIS dalam membantu mengenalpasti corak kemalangan lalulintas di Daerah Melaka Tengah / Suzanah Abdullah, Haslina Hashim dan Izrahayu Che Hashim

Abdullah, Suzanah and Hashim, Haslina and Che Hashim, Izrahayu (2012) Aplikasi GIS dalam membantu mengenalpasti corak kemalangan lalulintas di Daerah Melaka Tengah / Suzanah Abdullah, Haslina Hashim dan Izrahayu Che Hashim. In: 1st International Conference on Innovation and Technology for Sustainable Built Environment 2012 (ICITSBE 2012), 16-17 April 2012, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak.

Abstract

Kemalangan jalanraya adalah satu perkara yang agak sinonim di negara ini. Pelbagai kegiatan dilakukan oleh
pelbagai pihak terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memantau kejadian kemalangan di seluruh negara. Pelbagai pihak lain seharusnya mengambil inisiatif yang lebih agresif bagi membantu mengurangkan kadar kemalangan jalanraya dengan alat (tools) yang mungkin agak berbeza mengikut kemampuan. GIS juga merupakan satu alat yang mampu menganalisa pelbagai sektor termasuklah trafik amnya dan kemalangan jalanraya khasnya. Aplikasi analisis lokasi kemalangan (‘black spot’) dan kaitannya dengan sektor guna tanah dan yang berkaitan merupakan satu alternatif asas dalam membuat sebarang polisi berkaitan kemalangan. Paparan spatial dan atribut serta keupayaan GIS dalam menganalisa pelbagai senario dapat membantu pihak terbabit merangka strategi dan langkah-langkah
pengawalan dengan lebih baik berdasarkan kepada keutamaan lokasi kemalangan. Teknologi Sistem Maklumat
Geografi (GIS) telah menjadi satu peralatan popular untuk visualisasi data kemalangan. Terdapat beberapa agensi trafik telah menggunakan GIS untuk membantu dalam membuat analisis kemalangan. Kajian analisis
kemalangan dapat menentukan bagi pengenalpastian lokasi-lokasi kemalangan dan pada kawasan jalanraya
yang kurang selamat. Dengan itu, pegawai-pegawai trafik boleh melaksanakan langkah-langkah pencegahan
dan peruntukan-peruntukan untuk keselamatan jalan raya. Kajian utama projek ini adalah untuk mewujudkan
pangkalan data kemalangan lalu lintas di daerah Melaka Tengah. Sehingga kini pangkalan data berada dalam
bentuk sistem fail rekod linear. Dengan adanya pangkalan data maklumat mengenai kemalangan lalu lintas dapat digunakan dengan berkesan dan cepat. GIS merupakan satu sistem maklumat bergambar yang menyokong paparan dan analisis data yang boleh dilihat oleh semua. GIS membantu dalam mengenalpasti ciriciri kawasan kemalangan yang menggunakan ciri-ciri geografi.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdullah, Suzanah
suzan156@perak.uitm.edu.com
Hashim, Haslina
hasli461@perak.uitm.edu.my
Che Hashim, Izrahayu
izrah696@perak.uitm.edu.my
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Geographic information systems
G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Geographic information systems > Malaysia
G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Geographic information systems > Geospatial data
G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Geomatics
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus
Event Title: 1st International Conference on Innovation and Technology for Sustainable Built Environment 2012 (ICITSBE 2012)
Event Dates: 16-17 April 2012
Page Range: pp. 918-922
Keywords: Kemalangan lalu lintas; GIS; Hot spot; Analisis kepadatan
Date: 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43492
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 43492.pdf] Text
43492.pdf

Download (504kB)

ID Number

43492

Indexing

Statistic

Statistic details