Pengintepretasian kesalahan ila’ dalam enakmen undang-undang keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 / Shadli Sabarudin

Sabarudin, Shadli (2020) Pengintepretasian kesalahan ila’ dalam enakmen undang-undang keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 / Shadli Sabarudin. e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU), 1. pp. 35-41. ISSN 2006-9617

Abstract

Kajian ini bertujuan mengintepretasi kesalahan ila’ dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 (EUKIM 2002). Apabila seorang suami telah melakukan ila’, maka dia boleh dituduh dan didakwa melakukan kesalahan itu. Namun begitu, EUKIM 2002 tidak memperuntukkan secara khusus bagi kesalahan ila’. Permasalahan kajian ialah tiada panduan bertulis untuk mengenakan hukuman ke atas kesalahan ila’. Objektif kajian ialah pertama, meneliti ila’ menurut fiqh. Kedua, mengintepretasi peruntukan undang-undang mengenai kesalahan ila’ dalam EUKIM 2002. Bagi tujuan pengumpulan data, pengkaji telah menggunakan kaedah kajian kualitatif iaitu kaedah analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kesalahan ila’ dalam fiqh dengan mengenakan kafarah (denda) terhadap pelakunya. Selain itu, terdapat peruntukan ila’ sebagai suatu kesalahan di bawah Seksyen 128, EUKIM 2002. Kesimpulan kajian mendapati seorang suami yang melakukan ila’ boleh dituduh, didakwa dan disabitkan atas kesalahan itu di bawah seksyen tersebut walaupun enakmen tidak memperuntukkan ila’ secara khusus. Kajian ini memberi implikasi terhadap pembentukan formula dengan penambahbaikan seksyen dalam enakmen.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sabarudin, Shadli
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh
K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh > Domestic relations (Islamic law). Family law
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus
Journal or Publication Title: e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU)
ISSN: 2006-9617
Volume: 1
Page Range: pp. 35-41
Keywords: Ila’; Fiqh; Intepretasi; Enakmen; Undang-undang; Keluarga Islam; Melaka
Date: 2020
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43411
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 43411.pdf] Text
43411.pdf

Download (293kB)

ID Number

43411

Indexing

Statistic

Statistic details