Tekanan kerja dalam profesion perguruan: Satu kajian kes / Azlina Abu Bakar, Madihah Mohamad Shukri and Raja Zirwatul Aida Raja Ibrahim

Abu Bakar, Azlina and Mohamad Shukri, Madihah and Raja Ibrahim, Raja Zirwatul Aida (2004) Tekanan kerja dalam profesion perguruan: Satu kajian kes / Azlina Abu Bakar, Madihah Mohamad Shukri and Raja Zirwatul Aida Raja Ibrahim. In: STSS 2004 : Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial / Jilid 2 : Sains Sosial, 31 Mei – 1 Jun 2004, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.
Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap tekanan kerja di kalangan guru, perbezaan di antara jantina dengan tekanan dan punca-punca tekanan kerja berlaku. Dua soalselidik ditadbirkan kepada 64 orang guru yang mengajar di sebuah sekolah jenis SRJK ( C ) di daerah Kuala Terengganu. Melalui Inventori Tekanan Kerja Untuk Guru (ITKUG), dapatan menunjukkan 86% daripada guru dalam kajian ini mengalami tekanan kerja. Di antara punca-punca ia berlaku ialah, terpaksa mengajar subjek yang mereka tidak pernah menerima latihan, mengajar dalam kelas yang besar dan sukar memotivasikan pelajar. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan dari segi tahap tekanan kerja di antara jantina (P<.01) dan faktor-faktor persekitaran merupakan punca utama tekanan kerja berlaku di kalangan guru.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 43198.pdf]
Text
43198.pdf
Download (304kB)
Indexing & Metrics