PETAH sebagai alat bantu pembelajaran bahasa Melayu dalam meningkatkan kemahiran berkomunikasi. / Noor Azam Abdul Rahman and Noraziah Mohd Amin

Abdul Rahman, Noor Azam and Mohd Amin, Noraziah (2018) PETAH sebagai alat bantu pembelajaran bahasa Melayu dalam meningkatkan kemahiran berkomunikasi. / Noor Azam Abdul Rahman and Noraziah Mohd Amin. International Journal of Modern Languages and Applied Linguistics (IJMAL), 2 (2). pp. 62-68. ISSN 2600-7266

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi menilai keberkesanan penggunaan alat bantu pembelajaran bahasa Melayu yang dinamakan PETAH dalam meningkatkan kemahiran komunikasi penggunanya. Alat bantu pembelajaran merupakan antara eleman penting untuk meningkatkan kemahiran berbahasa seseorang terutamanya bagi penutur bahasa kedua ataupun asing. Kajian lepas yang dijalankan oleh penyelidik seperti Fa’izah et.al(2010), Khuzaiton (2012) dan lain-lain telah membuktikan bahawa terdapat isu komunikasi Bahasa Melayu dalam kalangan penutur bukan Melayu di Malaysia. Berdasarkan isu tersebut, objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis keberkesanan penggunaan alat bantu pembelajaran PETAH terhadap peningkatan kemahiran komunikasi pelajar yang menggunakannya. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif yang menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 25 item yang terarah kepada keberkesanan penggunaan alat bantu pembelajaran PETAH. Instrumen borang soal selidik ini digunakan bagi mendapat maklum balas daripada responden selepas mereka menggunakan alat bantu pembelajaran PETAH. Data daripada borang soal selidik telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 21. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti responden (nilai min di antara 3.35 hingga 4.71) bersetuju bahawa alat bantu pembelajaran PETAH telah meningkatkan keberkesanan mereka dalam komunikasi bahasa Melayu, terutamanya jika digunakan secara berterusan. Kesimpulannya, alat bantu pembelajaran PETAH telah memberi impak yang baik terhadap peningkatan kemahiran berkomunikasi bahasa Melayu dalam kalangan penutur bukan Melayu di Malaysia.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Rahman, Noor Azam
UNSPECIFIED
Mohd Amin, Noraziah
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and languages
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Study and teaching. Research
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Study and teaching. Research > Communicative competence
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Language Studies
Journal or Publication Title: International Journal of Modern Languages and Applied Linguistics (IJMAL)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > International Journal of Modern Language and Applied Linguistics (IJMAL)
ISSN: 2600-7266
Volume: 2
Number: 2
Page Range: pp. 62-68
Keywords: Perbualan Efektif Tentang Aktiviti Harian (PETAH), komunikasi Bahasa Melayu, alat bantu pembelajaran
Date: June 2018
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43195
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 43195.pdf] Text
43195.pdf

Download (441kB)

ID Number

43195

Indexing

Statistic

Statistic details