Ketokohan al-Daraqutni dalam disiplin ilmu hadith / Mohd Aizul Yaakob and Roshimah Shamsudin

Yaakob, Mohd Aizul and Shamsudin, Roshimah (2020) Ketokohan al-Daraqutni dalam disiplin ilmu hadith / Mohd Aizul Yaakob and Roshimah Shamsudin. Journal of Contempory Islamic Studies, 6 (2). ISSN ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902

Official URL: https://jcis.uitm.edu.my

Abstract

Ketokohan al-Daraqutni sebagai sarjana hadith kurun ke-empat hijrah tidak dapat disangkal lagi. Kehadiran karya-karya beliau antaranya seperti al-Sunan, al-‘Ilal al-Waridah fi al-Ahadith al-Nabawiyyah, al-Ghara’ib dan al-Du‘afa’ wa al-Matrukun membuktikan kewibawaannya ilmunya. Namun demikian, al-Daraqutni juga tidak terlepas daripada kritikan oleh para sarjana hadith yang lain khususnya berkaitan penguasaan beliau dalam bidang ‘ilal al-hadith. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan mengkaji ketokohan al-Daraqutni dalam lapangan ilmu hadith dengan membincangkan latar belakang kehidupan beliau termasuklah kritikan yang diberikan terhadapnya. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian berbentuk kualitatif yang melibatkan pengumpulan data dijalankan melalui kajian kepustakaan. Data-data yang diperoleh akan dianalisis berdasarkan kaedah induktif dan deduktif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa al-Daraqutni merupakan antara tokoh hadith yang memperlihatkan penguasaan ilmu hadith yang mapan dan holistik. Malah beliau juga telah menguasai kemuncak ilmu ini iaitu disiplin ‘ilal al-hadith. Ini bermakna beberapa kritikan terhadapnya tidak berupaya menjejaskan kredibilitinya sebagai tokoh hadith berwibawa.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Yaakob, Mohd Aizul
UNSPECIFIED
Shamsudin, Roshimah
roshimah@usm.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Sacred books
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Contempory Islamic Studies
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS)
ISSN: ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902
Volume: 6
Number: 2
Keywords: Al-Daraqutni, Ilmu hadith, Ketokohan, ‘Ilal al-hadith
Date: 2020
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42980
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 42980.pdf] Text
42980.pdf

Download (630kB)

ID Number

42980

Indexing