Cadangan adaptasi ciri-ciri seni seramik kontemporari Jepun untuk peningkatan kualiti reka bentuk industri seramik di Malaysia / Siti Maryam Ali Yasin dan Zulkarnian Hassan

Ali Yasin, Siti Maryam and Hassan, Zulkarnian (2012) Cadangan adaptasi ciri-ciri seni seramik kontemporari Jepun untuk peningkatan kualiti reka bentuk industri seramik di Malaysia / Siti Maryam Ali Yasin dan Zulkarnian Hassan. In: 1st International Conference on Innovation and Technology for Sustainable Built Environment 2012 (ICITSBE 2012), 16-17 April 2012, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak.
Abstract

Bidang seramik di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu penghasilan produk seramik industri (mass production)
dan seramik studio iaitu seni kraf. Kedua bidang ini perlu bergerak seiring dalam mempelbagaikan produk dan
kualiti hasilan seramik. Sebagai contoh, pasaran seramik industri dan seramik kraf di Jepun berjaya diketengahkan dengan kualiti rekabentuk yang menarik, asli dan inovatif. Mereka telah mengambil dan mempelajari kebudayaan dan seni tembikar tradisi kemudian menilai, engembangkannya dan memberi suntikan baru terhadap rekabentuknya. Penulisan ini akan mengambil enam ciri atau karektor di dalam seni seramik kontemporari Jepun untuk dibincangkan. Ciri-ciri yang dikenalpasti adalah daripada aspek 1) Penggunaan warna-warna gemilang seperti warna emas dan perak dan warna-warna terang ‘Ostentation’ (
The use of Ostentation Colours, Gold and Silver), 2) Pernyataan sifat semulajadi bahan ‘Quiet Refinement’ (
The Batural Expression of the Material), 3) Gandingan bentuk dan warna yang nipis, teguh dan kukuh
‘Crispness’ (Strong Shapes and Colours), 4) Hasilan terperinci dan halus ‘Fine Detail’ (Elaborate
Workmanship), 5) Kecantikan objek yang tidak bersifat simetri ‘Deformation’ (The Beauty of Unevenness) dan
6) Penggunaan imej atau motif flora dan fauna ‘Flowers and Birds’ (Ornamentation Based on Flower and Bird
Motif). Adalah diharapkan penulisan ini akan memberikan idea kepada mereka yang terlibat dalam industri ini
dari segi peningkatan rekabentuk baru bagi membantu pasaran seramik industri mahupun seramik kraf di
Malaysia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 42953.pdf]
Text
42953.pdf
Download (322kB)
Indexing & Metrics