Perbandingan penggunaan dan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Kuching / Hazarina Pen ... [et al.].

Pen, Hazarina and Jele, Josephine and Zaini, Lenny Marlina and Ismail, Nor Hida Yah and Jayis, Rodney (2001) Perbandingan penggunaan dan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Kuching / Hazarina Pen ... [et al.]. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti tentang perbandingan penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institut Pengajian Tinggi Swasta. la memberi penekanan kepada jantina, umur, tahap pendidikan, tahap penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris di IPTA dan IPTS, institusi pengajian, bahasa pertuturan, taraf pendidikan ibu-bapa, dan hubung kait peperiksaan awam. Kawasan kajian ini meliputi beberapa buah institusi pengajian awam dan swasta yang terdapat di sekitar bandaraya Kuching dan Samarahan, Sarawak. Seramai 150 orang pelajar Institusi Pengajian Tinggi dipilih dengan menggunakan teknik persampelan rawak sistematik. Data dikumpul menggunakan teknik temu bual, pemerhatian, soal selidik dan persampelan. Hasil daripada kajian mendapati bangsa mempengaruhi tahap penguasaan melalui perbandingan antara pelajar-pelajar bumiputera dan bukan bumiputera. Manakala, taraf pendidikan sebelum memasuki IPT samada SPM, STPM, sijil atau Diploma merujuk kepada kemampuan pelajar-pelajar dalam menguasai dan menggunakan bahasa Inggeris. Terdapat perbezaan polisi dalam penekanan terhadap penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris di IPT masing-masing sepertimana Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) yang mewajibkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sesi pembelajaran dan pengajarannya iaitu sesi kuliah, ketja kursus serta dalam sebarang ujian yang dilaksanakan. Hal ini berbeza dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang memberi pilihan kepada pelajar untuk menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 42926.pdf]
Text
42926.pdf
Download (187kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Kampus Samarahan, Sarawak
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics