Kenderaan pacuan 4 roda 4x4 bagi kegunaan Ranjer Perhutanan / Intan Nadiyah Mohd Nor

Mohd Nor, Intan Nadiyah (2005) Kenderaan pacuan 4 roda 4x4 bagi kegunaan Ranjer Perhutanan / Intan Nadiyah Mohd Nor. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Perhutanan merupakan salah satu daripada sumber yang dapat membangunkan negara serta irienjadi salah satu daripada sumber yang menjadi kebanggaan negara . Ianya juga merupakan sumber yang membangunkan sosio - ekonomi negara. Dengan tertubuhnya Jabatan Perhutanan di setiap negara yang mempunyai Hutan Lipur seperti Bukit Larut di Perak , Hutan Lipur Air Terjun Temurun yang terletak di Hutan Simpan Machinchang Langkawi, Kedah , Hutan Lipur Bukit Bakar di Machang Kelantan , Hutan Lipur Air Keroh di Melaka, Hutan Lipur Batu Malaoi yang terletak di Hutan Simpan Gunung Tampin , Johor ,hutan Lipur Bukit Ayer di Batu Pahat, Peril's , Hutan Lipur Bukit Mertajam , Pulau Pinang , Hutan Lipur Gunung Nuan , Cheras , Selangor dan Hutan Lipur Air Menderu di Kerteh , Terengganu telah membantu kerajaan menguruskan sumber hutan negara secara berkekalan bagi pengeluaran berterusan hasil dan perkhidmatan hutan serta penggunaanya secara optimum bersesuaian dengan keperluan alam sekitar. Penggunaan kenderaan pacuan 4 roda 4x4 oleh Ranjer Perhuatan ini telah memudahkan lagi aktiviti kerja Ranjer Perhutanan . Namun begitu, masih ada lagi masalah yang timbul dalam penggunaan kenderaan dari jenis in . Hasil dari kajian yang dilakukan walaupun pasaran kenderaan dari jenis ini dilambakkan dengan pelbagai model dalam dan luar negara, tetapi tiada satu pun yang boleh dikatakan cukup sempuma dalam membantu Ranjer Perhutanan melakukan aktiviti keija mereka tanpa sebarang masalah. Oleh itu, penyelidikan ini dilakukan bagi membantu mencari masalah dan seterusnya mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Penyelidikan ini telah dijalankan di Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Unit Pengurusan Hutan di negeri Selangor. Hasil dari penyelidikan ini akan digunakan sebagai rujukan pelajaran untuk merekabentuk sebuah kenderaan pacuan 4 roda 4x4 yang memenuhi kehendak dan citarasa mereka yang disebutkan tadi dan setetusnya dapat meningkatkan taraf Jabatan Perhutanan sebagai sebuah agensi terunggul dalam pengurusan Hutan tropika secara berkekalan

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Nor, Intan Nadiyah
2003418390
Subjects: T Technology > TL Motor vehicles. Aeronautics. Astronautics
T Technology > TL Motor vehicles. Aeronautics. Astronautics > Industrial vehicles and trucks
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design
Programme: Diploma Seni Lukis dan Senireka
Keywords: Pacuan 4x4, perhutanan, ranjer, Malaysia
Date: 2005
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42874
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 42874.pdf] Text
42874.pdf

Download (2MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
Processing

ID Number

42874

Indexing

Statistic

Statistic details