Mekanisme penilaian kursus dan hubungannya dengan penerimaan pelajar terhadap kursus CTU di UiTM / Rubiah Abu Bakar … [et al.]

Abu Bakar, Rubiah and Ismail, Che Zuina and Abu Bakar, Ahmad Fakhrulazizi and Abd Aziz, Najdah (2019) Mekanisme penilaian kursus dan hubungannya dengan penerimaan pelajar terhadap kursus CTU di UiTM / Rubiah Abu Bakar … [et al.]. Journal of Contempory Islamic Studies, 5 (2). pp. 75-92. ISSN ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902
Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau mekanisme penilaian kursus dan hubungannya dengan penerimaan pelajar terhadap kursus CTU di UiTM. Kajian ini melibatkan seramai 300 orang pelajar sebagai responden yang mengambil kursus CTU dan sedang mengikuti kursus Diploma di UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu. Instrumen soal selidik telah dibina dan disahkan kandungannya dengan tahap nilai kebolehpercayaan alpha Cronbach (0.964) - tinggi. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan min, sisihan piawai, peratus, dan korelasi Pearson. Dapatan kajian mendapati mekanisme penilaian kursus diterima dengan baik dengan purata min (3.999) dan berada pada tahap tinggi. Analisa korelasi mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara mekanisme penilaian kursus dengan penerimaan pelajar terhadap kursus CTU. Implikasi kajian telah merumuskan elemen-elemen penilaian kursus perlu diberi perhatian oleh semua pihak dalam usaha untuk membantu penerimaan pelajar terhadap kursus CTU agar sistem pembelajaran berjaya mencapai objektif yang dirangka.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 42870.pdf]
Text
42870.pdf
Download (539kB)
Indexing & Metrics
Citations
1 Google Scholar Citations