Suruhanjaya hak-hak asasi manusia Malaysia (Suhakam) dan kesedaran masyarakat: Satu kajian kes di Pulau Pinang / Khairiah Salwa Mokhtar and Yessy Octavia Misdi

Mokhtar, Khairiah Salwa and Misdi, Yessy Octavia (2004) Suruhanjaya hak-hak asasi manusia Malaysia (Suhakam) dan kesedaran masyarakat: Satu kajian kes di Pulau Pinang / Khairiah Salwa Mokhtar and Yessy Octavia Misdi. In: STSS 2004 : Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial / Jilid 2 : Sains Sosial, 31 Mei – 1 Jun 2004, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.

Abstract

Malaysia mula bergiat cergas dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi hak asasi manusia (UNCHR) pada tahun 1993. Sehubungan itu, Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia di bawah undang-undang Malaysia telah ditubuhkan dan mula berkuatkuasa pada 9 September 1999. Hal ini diikuti dengan penubuhan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada 3 April 2000. Pertubuhan yang bebas daripada mana-mana kuasa ini bertujuan untuk melindungi dan memperjuangkan hak asasi rakyat Malaysia dari pelbagai aspek termasuk hak dan kebebasan bersuara, penyalahgunaan kuasa dan juga kebebasan sistem kehakiman di Malaysia. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti kesedaran masyarakat Malaysia tentang kewujudan dan peranan Suhakam. Hasil kajian yang menggunakan kaedah soal selidik dan temubual bersemuka terhadap 304 responden secara rambang di Pulau Pinang ini antara lain mendapati bahawa 46.1 peratus daripada mereka tahu tentang kewujudan dan peranan Suhakam manakala 34.4 peratus menyatakan sebaliknya. 19.7 peratus pula menyatakan bahawa mereka pernah mendengar tentang Suhakam tetapi kurang pasti tentang peranan pertubuhan itu sendiri. Kajian ini juga membentangkan satu analisis kesedaran masyarakat tentang Suhakam dari perspektif-perspektif gender, umur, etnik, tahap pendidikan dan pekerjaan. Dapatan kajian ini dipercayai mampu mengetengahkan kelemahan-kelemahan Suhakam sekaligus membantu pertubuhan ini meningkatkan usaha untuk memperkenalkan diri serta peranannya kepada masyarakat umum. Hal ini secara tidak langsung boleh meningkatkan keberkesanannya sebagai satu dasar awam di negara ini.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mokhtar, Khairiah Salwa
UNSPECIFIED
Misdi, Yessy Octavia
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology > Public opinion
H Social Sciences > HM Sociology > Public opinion > Malaysia
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Research > Citizen participation
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: STSS 2004 : Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial / Jilid 2 : Sains Sosial
Event Dates: 31 Mei – 1 Jun 2004
Page Range: pp. 166-172
Keywords: Hak asasi manusia, UNCHR, SUHAKAM, Malaysia
Date: 2004
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42803
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 42803.pdf] Text
42803.pdf

Download (371kB)

ID Number

42803

Indexing

|

Statistic

Statistic details