Depresi dan kecenderungan membunuh diri di kalangan pelajar sekolah dan universiti. Kajian tinjauan di Kota Kinabalu, Sabah / Foong Chee Seng and Mazni Mustapha

Foong, Chee Seng and Mustapha, Mazni (2004) Depresi dan kecenderungan membunuh diri di kalangan pelajar sekolah dan universiti. Kajian tinjauan di Kota Kinabalu, Sabah / Foong Chee Seng and Mazni Mustapha. In: STSS 2004 : Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial / Jilid 2 : Sains Sosial, 31 Mei – 1 Jun 2004, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.

Abstract

Kertas kerja ini membentangkan satu kajian yang telah diadakan yang bertujuan untuk melihat hubungan antara depresi dengan kecenderungan membunuh diri di kalangan remaja peringkat sekolah menengah dan universiti. Seramai 222 orang responden di sekitar Kota Kinabalu telah menyertai kajian ini. Satu set soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu Multi-Attitude Suicide Tendency Scale (MAST) (Orbach, Milstein, Har-Even, Apter, Tiano, & Elizur. 1991) [10] yang mengukur kecenderungan membunuh diri dan Beck Depression Inventory (BDI) (Beck, 1967) [1] yang mengukur depresi, dan maklumat sosiodemografik responden telah digunakan di dalam kajian ini. Nilai kebolehpercayaan MAST dan BDI adalah tinggi (a = 0.83-0.85). Keputusan mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara depresi dan kecenderungan membunuh diri. Depresi turut menunjukkan hubungan yang signifikan dengan empat subskalanya. Dapatan kajian menunjukkan juga bahawa depresi lebih dialami oleh pelajar-pelajar Bumiputera berbanding dengan Bukan Bumiputera dan lebih dialami oleh pelajar dari aliran sastera berbanding dengan pelajar aliran sains. Kecenderungan membunuh diri tidak berbeza secara signifikan di antara jantina, kategori usia, status etnik dan aliran pengajian.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
CreatorsEmail / ID. Num
Foong, Chee SengUNSPECIFIED
Mustapha, MazniUNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Stress (Physiology). Stress management
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: STSS 2004 : Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial / Jilid 2 : Sains Sosial
Event Dates: 31 Mei – 1 Jun 2004
Page Range: pp. 160-165
Item ID: 42802
Uncontrolled Keywords: Depresi, Kecenderungan membunuh diri, Remaja
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42802

Download

[img] Text
42802.pdf

Download (389kB)

ID Number

42802

Others


View in Google Scholar

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year