Keperluan graduan statistik di sektor awam / Nazrina Aziz and Nazihah Ahmad

Aziz, Nazrina and Ahmad, Nazihah (2004) Keperluan graduan statistik di sektor awam / Nazrina Aziz and Nazihah Ahmad. In: STSS 2004 : Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial / Jilid 2 : Sains Sosial, 31 Mei – 1 Jun 2004, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.

Abstract

Pasaran kerja bagi pengamal statistik amat luas sama ada dalam sektor awam, perniagaan dan industri (Baylor, 1996) [8], Menyedari hakikat ini satu kajian telah dijalankan bagi meninjau sejauh mana keperluan graduan statistik di sektor awam. Kajian ini melibatkan 136 agensi-agensi awam yang telah dipilih secara rawak. Kaedah utama dalam usaha pengkaji mendapatkan maklumat bagi kajian ini ialah pentadbiran soal selidik di kalangan majikan di sektor awam. Hasil kajian mendapati 41.9% daripada responden terlibat dengan sektor perkhidmatan diikuti dengan sektor pendidikan sebanyak 12.5%. Majoriti (64.0%) responden yang terlibat bersetuju menyatakan bahawa graduan statistik sesuai berkerja di organisasi mereka. Antara jawatan atau posisi yang dicadangkan responden adalah pengurusan organisasi, pengawalan kualiti, penyelidikan dan pembangunan dan sebagainya. Ujian ketakbersandaran dijalankan bagi meninjau sama ada bilangan staf mempengaruhi pengambilan graduan statistik sebagai pekerja. Hasil kajian menunjukkan bilangan staf tidak mempengaruhi pengambilan graduan sebagai pekeija (nilai p > 0.05). Ini menunjukkan bahawa saiz organisasi tidak memainkan peranan dalam pengambilan pekerja, oleh yang demikian graduan statistik mempunyai prospek kerjaya yang lebih luas memandangkan semua organisasi tanpa mengira saiz menawarkan pekerjaan. Kebanyakan (92.7%) responden menyokong agar pengajian graduan statistik dilanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi daripada ijazah sarjana muda. Keputusan ini menunjukkan responden sedar akan keperluan dan kepentingan graduan statistik di organisasi.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Aziz, Nazrina
UNSPECIFIED
Ahmad, Nazihah
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HA Statistics
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Graduate education > Graduate students
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Graduate education > Graduate students > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: STSS 2004 : Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial / Jilid 2 : Sains Sosial
Event Dates: 31 Mei – 1 Jun 2004
Page Range: pp. 140-144
Keywords: Graduan statistik, Sektor awam, Pasaran kerja
Date: 2004
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42721
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 42721.pdf] Text
42721.pdf

Download (338kB)

ID Number

42721

Indexing

Statistic

Statistic details