Pendedahan dan tujuan penggunaan internet di kalangan pelajar: Kajian kes di Universiti Utara Malaysia / Nazrina Aziz dan Abdul Razak Saleh

Aziz, Nazrina and Saleh, Abdul Razak (2004) Pendedahan dan tujuan penggunaan internet di kalangan pelajar: Kajian kes di Universiti Utara Malaysia / Nazrina Aziz dan Abdul Razak Saleh. In: STSS 2004 : Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial / Jilid 2 : Sains Sosial, 31 Mei – 1 Jun 2004, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.

Abstract

Pada abad ke 21 yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi, internet dilihat sebagai salah satu daripada saluran perolehan sumber maklumat yang dapat dikongsi oleh komuniti dunia. Perkembangan internet yang begitu pantas dan pesat memerlukan generasi kini mengorak langkah agar seiring dan dapat sama-sama bersaing dalam dunia informasi tanpa sempadan. Sehubungan itu kajian ini telah dijalankan bagi meninjau pendedahan dan tujuan penggunaan internet dikalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT). Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soalselidik. Sejumlah 443 orang responden terlibat dalam kajian ini. Responden yang terlibat merupakan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM). Basil kajian mendapati majoriti (67.1%) responden mula menggunakan kemudahan internet sejak berada di alam persekolahan lagi. Sebanyak 20.8% daripada responden menggunakan kemudahan ini ketika mengikuti kursus kompnter manakala 10.4% daripada responden mula menggunakannya ketika mengambil kursus di peringkat sijil/Diploma. Dapatan kajian ini jelas menunjukkan bahawa hampir kcseluruhan responden terdedah dan mula menggunakan internet sebelum memasuki IPT lagi. Kebanyakan (56.0%) responden mengenali internet melalui media. Dari aspek penggunaan internet didapati responden menggunakannya untuk pelbagai tujuan. Lebih dari 80.0% responden yang sentiasa menggunakan internet untuk mcndapatkan bahan rujukan bagi menyiapkan tugasan. Responden juga gemar menggunakan internet bagi tujuan pembelajaran, 80.0% daripada responden memberikan reaksi positif bahawa internet merupakan sumber yang sentiasa digunakan untuk tujuan ini. Sebanyak 51.7% daripada responden menggunakan internet untuk mengetahui hal chwal scmasa. Internet juga dijadikan sebagai alternatif untuk mendapatkan hiburan dan maklumat (41.1%). Responden tidak gemar menggunakan internet bagi tujuan membeli-belah, hanya 3.8% daripada responden kajian yang menggunakan sumber internet bagi tujuan ini. Hasil kajian menunjukkan majoriti daripada responden menerima dan menggunakan internet secara positif.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Aziz, Nazrina
UNSPECIFIED
Saleh, Abdul Razak
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology
L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology > Malaysia
L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice) > Computer network resources. Internet in education. Web-based instruction
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: STSS 2004 : Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial / Jilid 2 : Sains Sosial
Event Dates: 31 Mei – 1 Jun 2004
Page Range: pp. 134-139
Keywords: Internet, Pelajar IPT, Teknologi Maklumat
Date: 2004
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42715
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 42715.pdf] Text
42715.pdf

Download (400kB)

ID Number

42715

Indexing

Statistic

Statistic details