Tanggapan pelajar bukan bidang terhadap kursus dan graduan matematik / Zamali Tarmudi and Abu Osman Md. Tap

Tarmudi, Zamali and Md. Tap, Abu Osman (2004) Tanggapan pelajar bukan bidang terhadap kursus dan graduan matematik / Zamali Tarmudi and Abu Osman Md. Tap. In: STSS 2004 : Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial / Jilid 2 : Sains Sosial, 31 Mei – 1 Jun 2004, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan secara dekat tanggapan pelajar bukan bidang terhadap kursus dan graduan matematik di peringkat universiti. Fokus kajian menjurus kepada tiga fasa tanggapan yang terdiri lima aspek tanggapan pelajar. Pertama, fasa pra-tanggapan, yang terdiri daripada sikap dan kebolehan seseorang pelajar terhadap atribut tanggapan yang dikaji. Kedua, fasa tanggapan semasa, yang tertumpu terhadap aspek kegunaan dan kepentingan matematik terhadap program yang sedang diikuti dan masa depan mereka. Ketiga, fasa post-tanggapan yang melihat tanggapan pelajar terhadap prospek kejaya atau masa depan graduan matematik. Sebanyak 130 sampel diambil daripada pelajar peringkat diploma yang sedang mengikuti pengajian di fakulti pengurusan dan pemiagaan, sains gunaan, pentadbiran dan undang-undang serta kejuruteraan awam di universiti kajian. Analisis dibuat dengan mengadaptasi model konjoin kabur (Turksen, 1992) [7], dan memadamkan darjah kesamaan antara dua set kabur yang diutarakan oleh Biswas (1995) [1], Seterusnya, tanggapan pelajar diukur menggunakan kelenturan nilai dalam konsep set kabur dengan membahagikan kepada lima nilai linguistik berdasarkan kesemua atribut kajian. Dapatan awal menunjukkan, latar belakang pelajar tidak banyak mempengaruhi tanggapan mereka terhadap kesemua aspek yang dikaji. Manakala tanggapan negatif pelajar terhadap kursus dan graduan matematik hanya tertumpu kepada beberapa item kajian sahaja. Majoriti pelajar masih menganggap subjek matematik sangat penting dalam keseinambungan pengajian mereka. Begitu juga, keseluruhan dapatan menunjukkan tiada tanggapan negatif yang serins jelas kelihatan terhadap empat aspek terakhir yang dikaji, melainkan aspek pertama iaitu sikap pelajar yang agak negatif terhadap subjek matematik.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Tarmudi, Zamali
zamaliayg@hotmail.com
Md. Tap, Abu Osman
abuosman@kustem.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Graduate education > Graduate students
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: STSS 2004 : Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial / Jilid 2 : Sains Sosial
Event Dates: 31 Mei – 1 Jun 2004
Page Range: pp. 75-80
Keywords: Tanggapan, Bukan bidang, Matematik
Date: 2004
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42677
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 42677.pdf] Text
42677.pdf

Download (376kB)

ID Number

42677

Indexing

Statistic

Statistic details