Kajian diagnostik tahap kefahaman matematik di kalangan pelajar tahun pertama program matematik UMS: Satu kajian kes / Siti Rahayu Mohd. Hashim …[et al.]

Mohd. Hashim, Siti Rahayu and Ho, Chong Mun and Ahmed, Amran and Roslan, Rozaini and Gabda, Darmesah and Janteng, Aini (2004) Kajian diagnostik tahap kefahaman matematik di kalangan pelajar tahun pertama program matematik UMS: Satu kajian kes / Siti Rahayu Mohd. Hashim …[et al.]. In: STSS 2004 : Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial / Jilid 2 : Sains Sosial, 31 Mei – 1 Jun 2004, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.
Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap kefahaman matematik di kalangan para pelajar tahun pertama bagi program Matematik dengan Ekonomi dan program Pendidikan Matematik di Universiti Malaysia Sabah kemasukan 2003/04. Seramai 156 orang responden telah mengambil ujian ini. Kajian ini terdiri daripada dua bahagian iaitu kajian soal selidik tentang latar belakang responden dan ujian diagnostik yang mengandungi 50 soalan yang merangkumi lima topik iaitu aljabar linear, jujukan dan siri, kalkulus, geometri dan statistik. Data kajian dianalisis menggunakan jadual kekerapan dan ANOVA. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan markah yang bererti berdasarkan bangsa dan kriteria kelayakan kemasukan ke universiti.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 42648.pdf]
Text
42648.pdf
Download (430kB)
Indexing & Metrics