Jurang digital dikalangan penduduk berpendapatan rendah di Kuala Lumpur: Satu tinjauan awal / Mohamad Zaki Ibrahim and Mohd Yusof Hussain

Ibrahim, Mohamad Zaki and Hussain, Mohd Yusof (2004) Jurang digital dikalangan penduduk berpendapatan rendah di Kuala Lumpur: Satu tinjauan awal / Mohamad Zaki Ibrahim and Mohd Yusof Hussain. In: STSS 2004 : Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial / Jilid 2 : Sains Sosial, 31 Mei – 1 Jun 2004, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.

Abstract

Hari ini ICT sudah menjadi satu tren penggunaan dikalangan masyarakat di era globalisasi, terutama sekali bagi masyarakat bandar. Kajian ini melihat tentang kewujudan jurang digital khusus dikalangan masyarakat yang berpendapatan rendah di Kuala Lumpur. Kajian dilakukan ke atas dua komuniti kejiranan kawasan perumahan kos rendah iaitu di Perumahan Rakyat Jalan Jelatek, Datuk Keramat dan Perumahan Awam Sri Perak, Sentul di Kuala Lumpur. Lebih dari seribu empat ratus penduduk dari kedua-dua kawasan perumahan tersebut telah dijadikan responden dalam kajian ini. Kajian tertumpu kepada isu pemilikan, penggunaan dan kemahiran. Di sini, ICT dikaji dari perspektif ekonomi, sosial dan pendidikan/latihan. Dari segi ekonomi, terdapat potensi untuk menambahkan pendapatan isi rumah melalui peningkatan kemahiran pengurusan perniagaan asas dan akses kepada peluang pekerjaan dan peningkatan pendapatan melalui penggunan ICT. Dari segi sosial ICT boleh menyediakan saluran komunikasi yang berkesan antara penduduk dan kejiranan selain antara penduduk dengan agensi-agensi kerajaan dimana ini dapat memperbaiki interaksi dan pertukaran maklumat serta perkongsian sumber. Dari segi pendidikan dan latihan, ICT boleh digunakan untuk memperbaiki akses dan komunikasi dalam bidang pendidikan dan latihan kemahiran.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ibrahim, Mohamad Zaki
UNSPECIFIED
Hussain, Mohd Yusof
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > T Technology (General) > Technological change
T Technology > T Technology (General) > Information technology. Information systems
T Technology > T Technology (General) > Information technology. Information systems > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Event Title: STSS 2004 : Prosiding Seminar Kebangsaan Sains Teknologi & Sains Sosial / Jilid 2 : Sains Sosial
Event Dates: 31 Mei – 1 Jun 2004
Page Range: pp. 34-39
Keywords: Jurang digital, ICT, Pendapatan rendah, Kuala Lumpur
Date: 2004
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42620
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 42620.pdf] Text
42620.pdf

Download (406kB)

ID Number

42620

Indexing

|

Statistic

Statistic details